Citation
Abdul Aziz, Rozihan
(2002)
Budaya Organisasi dan Inovasi : Kajian Kes di Sebuah Organisasi Perisian Komputer Tempatan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian kes di sebuah organisasi perisian komputer tempatan ini, bertujuan
untuk memahami budaya organisasi terkini dan mengetahui bagaimana organisasi
membantu dalam meningkatkan inovasi. Selain itu, kajian turut mendalami
keperluan organisasi dalam mengeluarkan inovasi.
Kajian yang menggunakan pendekatan kualitatif ini, telah menggunakan
teknik pengumpulan data secara temubual semi struktur, pemerhatian dan analisis
data sekunder. Data dari temubual telah ditranskrip dan dianalisis menggunakan
Teknik Analisis Perbandingan Berterusan. Bagi mendapatkan tema, proses analisis
data dilakukan berselang-seli dengan proses pengumpulan data sehingga mencapai
tahap ketepuan. Tema yang berulang-ulang dalam data dijadikan kategori.
Sepanjang proses pengumpulan dan analisis data, tema-tema tersebut dimodifikasi
bagi membolehkan ia mewakili sepenuhnya apa yang didapati dari pengalaman ahli
organisasi. Kajian menunjukkan budaya organisasi memainkan peranan penting dalam
inovasi. Nilai yang didukung seperti ketiadaan formaliti dan fleksibiliti telah
memudahkan aplikasi dan perkongsian pengetahuan. Oleh itu, Maltrex boleh
dipandang sebagai sebuah organisasi pembelajaran. Nilai yang didukung boJch
dilihat secara jelas pada persekitaran kerja yang turut menyurnbang kepada
inovasi. Kajian juga mendapati pembelajaran merupakan aspek penting kepada
anggota-anggota organisasi. Data menunjukkan terdapat tiga jenis pembelajaran
yang digunakan untuk meningkat dan mengemaskinikan pengetahuan, iaitu
pembelajaran formal, pembelajaran tidak formal dan pembelajaran informal.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |