Citation
Othman, Norasmah
(2002)
Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja di Sekolah Menengah.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Program Keusahawanan Remaja yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah di Malaysia serta meninjau sejauh mana
program ini berjaya memberi pendedahan perniagaan serta memupuk budaya
keusahawanan dalam diri pelajar. Selain itu, kajian ini juga merupakan satu usaha untuk
mengenal pasti pembolehubah-pembolehubah yang diperlukan oleh sesebuah program
untuk berjaya.
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan Struktur Penilaian Hammond
sebagai asas untuk membentuk kerangka kerja konseptua1 kajian. Struktur ini
berfokuskan kepada dimensi pengajaran, dimensi institusi dan dimensi tingkah laku.
Dimensi pengajaran merangkumi pembolehubah seperti kaedah pengajaran, kemudahan
dan kursus; sementara, dimensi institusi mencakupi individu yang terlibat dengan
program iaitu pelajar dan penceramah, pensyarah program, dan dimensi tingkah laku pula
merupakan dimensi pencapaian matlamat program dari segi pencapaian tingkah laku
kognitif, afektif dan kompetensi pelajar/peserta.
Sampel kajian terdiri daripada 309 pelajar Program Usahawan Muda (PUM) dan
130 pelajar Program Tunas Bistari (PTB). Seterusnya, pengumpulan data dibuat dengan menggunakan instrumen soal selidik, ujian dan temu bual dari segi kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen, Cronbach Alpha dan Kuder Richardson-20 (KR-20) telah
digunakan Data-data dianalisis dengan menggunakan ujian MANOVA, korelasl
Pearsons dan regresi berganda pada aras kesignifikanan p<O 05
Secara umumnya, kajian menunjukkan tahap keberkesanan program yang
memuaskan apabila PUM menerima min keberkesanan sebanyak 2227 (sp= 1295) dan
PIB pula dengan min 2194 (sp= 1271) Walau bagaimanapun, nilai sisihan piawai
menunjukkan PIB mempunyai sebaran skor yang lebih homogenous berbanding dengan
PUM ini bermakna walaupun min keberkesanan PUM lebih besar, tetapi secara individu
PIB mempunyai tahap keberkesanan yang lebih baik kerana kebolehubah skor mereka
lebih kecil. Namun begitu, jika ditinjau secara terperinci kajian menunjukkan PUM
menerima pencapaian tingkah laku kognitif dan afektif yang lebih baik berbanding PIB
kecuali dalam tingkah laku kompetensi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |