Citation
Idris, Mohd Hanafi
(2001)
Kepelbagaian dan taburan spesies makrobentos di kawasan terumbu karang dan rumput laut di Pulau Babi Besar, Johor, Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian terhadap diversiti dan taburan makrobentos telah dijalankan di
kawasan terumbu karang dan rumput laut di perairan Pulau Babi Besar,
Johor, Malaysia. Lapan kawasan dipilih sebagai kawasan kajian yang terdiri
daripada kawasan terumbu karang (kawasan kajian 1, 2, 3 dan 4) dan
kawasan terumbu karang - rumput laut (kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8).
Sebanyak 34 spesies daripada 6 Filum direkodkan. Filum Echinodermata dan
Molluska masing-masing merekodkan 11 spesies yang merupakan kumpulan
dominan. Kawasan batu karang mencatatkan jumlah individu dan spesies
makrobentos yang tinggi jika dibandingkan dengan kawasan rumput laut,
kawasan karang mati dan kawasan berpasir. Densiti makrobentos tertinggi
dicatatkan di kawasan pada jarak 20 m, 30 m dan 40 m daripada garisan
pantai di semua kawasan kajian kecuali di kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8 di mana densiti makrobentos adalah tinggi di kawasan pada jarak 10m daripada
garisan pantai. Kawasan yang menyediakan dua habitat yang berbeza
mempunyai taburan dan kepelbagaian makrobentos yang tinggi seperti di
kawasan terumbu karang - rumput laut. Kebanyakan spesies makrobentos
yang dijumpai di kawasan terumbu karang - rumput taut (kawasan kajian 5, 6,
7 dan 8) adalah tidak bertindih kecuali beberapa spesies seperti Lambis
lambis, Trochus s p., Distomus sp. dan Pinctana sp. Parameter fizikal dan
kimia air laut di kawasan kajian tidak mempunyai perbezaan besar (ANOVA
dua hala, P>0.05). Suhu, saliniti, pH, D.O. dan intensiti cahaya adalah dalam
keadaan yang stabil.
Tiga kelas batu karang iaitu Hexacoralia, Octocoralia dan Hydrairia
yang mewakili 12 famili direkodkan. Sebanyak 32 spesies adalah terdiri
daripada jenis karang keras dan 5 spesies daripada karang lembut. Famili
Acroporidea merupakan karang yang dominan. Daripada Indeks
Pertumbuhan (01) bagi 8 kawasan kajian, tahapnya adalah hanya satu
kawasan (kawasan kajian 5) mempunyai pertumbuhan yang sangat baik, lima
kawasan (kawasan kajian 2, 3, 6, 7 dan 8) mempunyai pertumbuhan yang
baik dan dua kawasan (kawasan kajian 1 dan 4) mempunyai pertumbuhan
yang memuaskan. Indeks Keadaan (CI) pula mendapati lima kawasan
(kawasan kajian 1, 2, 4, 7 dan 8) yang berada dalam keadaan baik dan tiga
kawasan (kawasan kajian 3, 5 dan 6) berada dalam keadaan yang
memuaskan. Manakala Indeks Suksessi (SI) pula menunjukkan satu kawasan
(kawasan kajian 4) berada dalam keadaan buruk, lima kawasan (kawasan kajian 2, 3, 5, 7 dan 8) berada dalam keadaan sangat buruk dan dua kawasan
(kawasan kajian 1 dan 6) menunjukkan tidak ada apa-apa kesan. Rumput laut
hanya dijumpai di kawasan kajian 5, 6, 7 dan 8 sahaja iaitu kawasan pulau
yang terlindung daripada angin monson Laut China Selatan. Sebanyak 7
spesies rumput laut dijumpai di kawasan ini pada kedalaman di antara 4
hingga 6 m. Speises rumput laut yang dominan adalah Cymodocea serrulata
dan yang paling sedikit dijumpai adalah Enhalus acoroides.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |