Citation
Aboosalae, Mahamabookhoree
(2001)
Kedudukan Institusi Pondok dalam Pembangunan Belia Islam di Patani Thailand.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan
kedudukan institusi pondok dalam pembangunan belia di Patani Thailand. Persoalan yang
diketengahkan dalam kajian ini ialah berhubung dengan kedudukan pondok, sistem
pondok, kesan pondok, keunikan pondok dan masalah pondok.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif bagi mendapat jawapan
yang lebih terperinci. Penyelidik telah menemuduga secara terperinci 8 orang responden
di sekitar wilayah Pattani Thailand. Temuduga dijalankan dalam bahasa Melayu
Kelantan. Temuduga ini telah dirakamkan dan ditranskripkan ke dalam verbatim. Data
telah dianalisis dengan membentuk tema yang didabati daripada data.
Kajian ini menunjukkan bahawa 1) pondok dapat memberi kesan ke atas ilmu
agama, ibadat, akhlak, budaya dan cara berfikir; 2) sambutan masyarakat amat
menggalakkan dan 3) keunikan pondok ialah agama.
Implikasi kajian dibincangkan berdasarkan kepada hasil penemuan yang diperoleh.
Penyelidik juga mengemukakan beberapa cadangan yang sesuai dan berguna bagi kajian pada masa hadapan. Kajian ini telah memberikan maklumat berguna untuk memahami
permasalahan pondok dalam pembangunan belia, seterusnya dapat membantu dalam
memperkemas pendekatan pembangunan belia seluruhnya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |