UPM Institutional Repository

Kefahaman dan Keyakinan Guru-Guru Ekonomi Rumahtangga di Negeri Selangor dalam Penilaian Berformat Baru


Citation

Zakaria, Anis (2001) Kefahaman dan Keyakinan Guru-Guru Ekonomi Rumahtangga di Negeri Selangor dalam Penilaian Berformat Baru. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kefahaman dan keyakinan guruguru Ekonomi Rumahtangga (ERT) dalam melaksanakan Penilaian Serformat Baru (PBS). Responden kajian terdiri dari 58 orang guru ERT di Selangor. Data kajian dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang dibentuk sendiri. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif, ujian khi kuasa dua, ujian korelasi Pearson dan ujian-t melalui perisian The Statistical Program for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman responden tentang elemen kemahiran PBS adalah tinggi. Responden juga berkeyakinan tinggi dalam menyediakan pelajar yang untuk menjawab soalan dalam enam kategori domain kognitif. Namun begitu responden mempunyai tanggapan yang rendah terhadap kebolehan pelajar-petajar mereka untuk menjawab soalan dalam domain kognitif. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara taraf pendidikan responden dengan tahap kefahaman elemen kemahiran PBS. Di samping itu kajian mendapati tahap kefahaman responden dari sekolah yang pencapaian subjek ERT di peringkat SPM memuaskan dalam lebih tinggi berbanding dengan responden dari sekolah yang pencapaiannya kurang memuaskan. Berdasarkan dapatan kajian, dicadangkan guru-guru ERT diberi peluang melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, lebih kajian perlu dijalankan berhubung dengan penilaian kerja kursus ERT lebih-Iebih lagi yang berkaitan dengan PBB.


Download File

[img] PDF
FPP_2001_19_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Home economics teachers - Selangor.
Call Number: FPP 2001 19
Chairman Supervisor: Dr. Rosini Abu
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Jan 2011 03:56
Last Modified: 28 Oct 2014 01:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9245
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item