UPM Institutional Repository

Pendekatan Bestari: Kefahaman dan Kesediaan Guru Bestari Menghadapi Perubahan


Citation

Salim, Siti Suria (2001) Pendekatan Bestari: Kefahaman dan Kesediaan Guru Bestari Menghadapi Perubahan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kini Malaysia sedang menghadapi era perubahan dalam pendidikan yang lebih menekankan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar di samping penekanan terhadap teknologi maklumat sebagai salah satu alat pengajaran pembelajaran. Sembilan puluh buah sekolah telah dipilih oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadi Sekolah Bestari bagi memenuhi tujuan di atas. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman dan tahap kesediaan guru Bestari terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh Program Sekolah Bestari serta kekangan dan keperluan yang dihadapi oleh mereka. Data telah diperoleh dari empat puluh lima orang guru sekolah Bestari di Selangor melalui soal selidik. Analisis deskriptif (frekuensi,min,dan mod) dan inferensi (Korelasi Pearson dan ANOVA) digunakan bagi menganalisis data. Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10. Kajian mendapati bahawa guru memahami matlamat Sekolah Bestari ini dan bersedia untuk menghadapi pelaksanaannya walaupun pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun hanya sedikit sahaja perubahan yang dilakukan di dalam bilik darjah mereka. Dapatan kajian menunjukkan, bagi guru Bestari, kekangan seperti peralatan pengajaran pembelajaran, kemahiran, dan sokongan merupakan faktor-faktor yang menghalang perubahan daripada berlaku. Selain daripada itu, beban tugas guru dan sistem peperiksaan pusat yang masih dilaksanakan bagi menilai pelajar-pelajar juga mempengaruhi kejayaan pelaksanaan perubahan ini. Hasil daripada kajian ini disyorkan sekiranya mana-mana pihak yang ingin melaksanakan sesuatu program perubahan dalam pendidikan, kesediaan dari segi agen perubahan dan keperluan-keperluan program hendaklah dipastikan terlebih dahulu.


Download File

[img] Text
FPP_2001_17.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Preparatory school teachers - Malaysia.
Subject: Preparedness.
Call Number: FPP 2001 17
Chairman Supervisor: Professor Datin Sharifah Md. Nor, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Jan 2011 03:51
Last Modified: 13 Feb 2024 02:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9241
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item