Citation
Salim, Siti Suria
(2001)
Pendekatan Bestari: Kefahaman dan Kesediaan Guru Bestari Menghadapi Perubahan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kini Malaysia sedang menghadapi era perubahan dalam pendidikan yang
lebih menekankan pendekatan pembelajaran yang berpusatkan pelajar di
samping penekanan terhadap teknologi maklumat sebagai salah satu alat
pengajaran pembelajaran. Sembilan puluh buah sekolah telah dipilih oleh
Kementerian Pendidikan untuk menjadi Sekolah Bestari bagi memenuhi
tujuan di atas. Tujuan kajian ini adalah mengenal pasti tahap kefahaman dan
tahap kesediaan guru Bestari terhadap perubahan yang dilaksanakan oleh
Program Sekolah Bestari serta kekangan dan keperluan yang dihadapi oleh
mereka.
Data telah diperoleh dari empat puluh lima orang guru sekolah Bestari di
Selangor melalui soal selidik. Analisis deskriptif (frekuensi,min,dan mod) dan
inferensi (Korelasi Pearson dan ANOVA) digunakan bagi menganalisis data.
Data diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) versi 10. Kajian mendapati bahawa guru memahami matlamat Sekolah Bestari ini dan bersedia untuk menghadapi pelaksanaannya
walaupun pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun hanya sedikit sahaja
perubahan yang dilakukan di dalam bilik darjah mereka.
Dapatan kajian menunjukkan, bagi guru Bestari, kekangan seperti peralatan
pengajaran pembelajaran, kemahiran, dan sokongan merupakan faktor-faktor
yang menghalang perubahan daripada berlaku. Selain daripada itu,
beban tugas guru dan sistem peperiksaan pusat yang masih dilaksanakan
bagi menilai pelajar-pelajar juga mempengaruhi kejayaan pelaksanaan
perubahan ini. Hasil daripada kajian ini disyorkan sekiranya mana-mana
pihak yang ingin melaksanakan sesuatu program perubahan dalam
pendidikan, kesediaan dari segi agen perubahan dan keperluan-keperluan
program hendaklah dipastikan terlebih dahulu.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |