UPM Institutional Repository

Tahap Pengetahuan Tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Pekerja Kilang Elektronik: Satu Kajian Kes di Sebuah Kilang Elektronik di Shah Alam


Citation

Mukhtar, Maswan (2001) Tahap Pengetahuan Tentang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Pekerja Kilang Elektronik: Satu Kajian Kes di Sebuah Kilang Elektronik di Shah Alam. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA), amat penting dalam memupuk sikap prihatin terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan yang berkesan melalui skim-skim pengaturan diri yang disesuaikan dengan industri yang berkaitan. Objektif umum kajian ini untuk mengetahui tahap pengetahuan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan pekerja kilang elektronik. Manakala objektif khusus pula untuk mengetahui tahap pengetahuan pekerja kilang eJektronik tentang perundangan, latihan dan persekitaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objektif khusus yang lain untuk mengetahui sama ada faktor demografi dan pengalaman mempunyai kaitan dengan tahap pengetahuan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini dijalankan secara deskriptif yang menjelaskan tahap pengetahuan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini dilakukan di sebuah kilang elektronik yang terletak di Shah Alam. Sebanyak 152 set borang soal selidik telah diedar untuk 250 orang populasi mengikut lima jawatan yang terpilih. Hasil kajian ini telah mendapati tahap pengetahuan responden mengenai aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti perundangan berada pada tahap "Kurang Mengetahui", aspek latihan berada pada tahap "Setuju" dan persekitaran berada pada tahap "Mengetahui". Hasil kajian mengenai perkaitan demografi pekerja dengan tahap pengetahuan menunjukkan tidak mempunyai hubungan langsung. Ini kerana majoriti respondennya masih muda, berpendidikan tinggi, kurang mendapat latihan dan pengalaman serta bekerja di tempat yang tidak merbahaya. Hasil kajian mengenai perkaitan antara pengalaman dalam mengendalikan jentera dengan tahap pengetahuan menunjukkan adanya hubungan positif tetapi agak lemah. Ini disebabkan majoriti responden mempunyai pengalaman yang sedikit mengenainya


Download File

[img] Text
FPP_2001_14.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Electronic industry workers - Health and hygiene - Case studies - Shah Alam
Subject: Electronic industry workers - Safety measures - Case studies - Shah Alam
Call Number: FPP 2001 14
Chairman Supervisor: Dr. Khairuddin Idris
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Jan 2011 03:45
Last Modified: 13 Feb 2024 02:51
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9238
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item