UPM Institutional Repository

Hubungan Antara Tingkah Laku Kepemimpinan Transformasional Jurulatih Bola Sepak dengan Kepuasan Prestasi Individu Pemain-Pemain Bola Sepak Sekolah-Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Alor Setar, Kedah


Citation

Zid, Azlina (2001) Hubungan Antara Tingkah Laku Kepemimpinan Transformasional Jurulatih Bola Sepak dengan Kepuasan Prestasi Individu Pemain-Pemain Bola Sepak Sekolah-Sekolah Menengah di Sekitar Daerah Alor Setar, Kedah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan tingkah laku kepemimpinan transformasional jurulatih dengan kepuasan individu pemainpemain bola sepak. Pada umumnya, teori kepemimpinan transformasional telah dipraktikkan secara meluas dalam bidang perniagaan dan industri berhubung dengan budaya organisasi (Schein, 1992) dan komitmen organisasi (Hater & Bass, 1988), namun begitu dalam bidang sukan jumlah kajian yang telah dilakukan adalah sangat sedikit. Oleh itu penyelidik telah menjalankan kajian teori kepemimpinan transformasional dalam konteks sukan bola sepak di Malaysia. Dalam kajian ini, subjek terdiri daripada pelajar lelaki (N=200) yang berumur 16 tahun ke atas yang dipilih dari 10 buah sekolah di sekitar daerah Alar Setar berdasarkan kaedah persampelan mudah (convenience sampling). Subjek merupakan pelajar yang pernah mewakili sekolah dalam permainan bola sepak dan terdiri dari mereka yang sedang mengikuti pengajian di sekolahsekolah menengah di sekitar daerah Alor Setar, Kedah. Kajian ini telah memberi tumpuan ke atas tingkah laku ketua jurulatih sahaja yang terlibat dalam melatih pasukan bola sepak sekolah-sekolah terse but. Instrumen yang telah digunakan untuk mengukur tingkah laku kepemimpinan transformasional jurulatih adalah 'Transformational leadership Behavior Inventory' (TU) yang dihasilkan oleh Podsakoff, MacKenzie, Moorman dan Fetter (1990) dan 'Athlete Satisfaction Questionnaire' (ASQ) yang tetah dihasilkan ofeh Chelladurai dan Reimer (1997) digunakan untuk mengukur kepuasan prestasi individu pemain-pemain bola sepak. Manakala angkubah demografi dan situasi bagi ciri-ciri peribadi jurulatih seperti umur, taraf pendidikan, jumlah pengalaman menjadi jurulatih pasukan sekolah dan rekod menang kalah pasukan bola sepak turut diambil kira sebagai angkubah-angkubah yang sukar dikawal serta melihat pengaruhnya ke atas kepuasan prestasi individu pemain-pemain bola sepak.


Download File

[img] Text
FPP_2001_11.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Transformational leadership - Alor Setar.
Subject: Football players - Performance - Alor Setar.
Call Number: FPP 2001 11
Chairman Supervisor: Dr. Aminuddin B. Yusof
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 17 Jan 2011 03:42
Last Modified: 13 Feb 2024 02:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9234
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item