Citation
Ationg, Romzi
(2001)
Keberkesanan Kepimpinan Tempatan dalam Aktviti Pembangunan Desa di Daerah Kudat, Sabah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini merupakan analisis terbadap persepsi penduduk kampung
tentang tabap keberkesanan kepimpinan tempatan peringkat kampung dalam
aktiviti pembangunan desa. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk
mengetahui persepsi penduduk kampung terbadap kejayaan kepimpinan
tempatan peringkat kampung melaksanakan tugas mereka sebagai pemimpin,
penerimaan penduduk terbadap kepimpinan tempatan peringkat kampung
sebagai pemimpin mereka, kepuasan penduduk terbadap sikap kepimpinan
tempatan peringkat kampung ke atas aktiviti pembangunan dan kepuasan
penduduk kampung terhadap tabap peng1ibatan kepimpinan tempatan
peringgkat kampung dalam aktiviti pembangunan desa.
Kajian ini dija1ankan di tiga kawasan pi1ihanraya Dewan Undangan
Negeri di daerah Kudat, Sabah iaitu N.1 Banggi, N.2 Kudat dan N.4
Matunggong. Seramai 210 orang penduduk kampung dipilih secara rawak
sebagai sampel bagi kajian ini. Data dikumpulkan melalui kaedah temubual dengan menggunakan satu set borang soal selidik setelah mendapat
kebenaran daripada kerajaan negeri Sabah dan Pegawai Daerah Kudat.
Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa hampir semua
(98.6%) responden beranggapan bahawa tahap keberkesanan kepimpinan
tem,patan peringkat kampung daJam aktiviti pembangunan desa adalah lemah.
Kajtan ini juga mendapati bahawa 93.3% daripada responden berpendapat
bahawa kepimpinan tempatan peringkat kampung di Kudat tidak berjaya
melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Hanya separuh (51.4%) daripada responden menerima kepimpinan tempatan peringkat kampung
sebagai pemimpin mereka dalam aktiviti pembangunan desa. Selain itu, kajian
ini mendapati bahawa 59.0% daripada responden tidak berpuashati terhadap
sikap kepimpinan tempatan peringkat kampung ke atas aktiviti-aktiviti
pembangunan yang dilaksanakan di kawasan mereka. Dari segi tahap
penglibatan kepimpinan tempatan peringkat kampung dalam aktiviti
pembangunan desa pula kajian ini mendapati bahawa dua pertiga (60.5%)
daIipada responden tidak berpuashati.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |