UPM Institutional Repository

Kesan Penggunaan Bahan Rangsangan Terhadap Prestasi Penulisan Karangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah


Citation

Isa, Nadzeri (2001) Kesan Penggunaan Bahan Rangsangan Terhadap Prestasi Penulisan Karangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan bahan-bahan rangsangan terhadap prestasi penulisan karangan pelajar peringkat menengah rendah. Selain itu, kajian ini juga akan membandingkan prestasi penulisan karangan antara pelajar pencapaian sederhana dengan pencapaian rendah, yang dikaitkan dengan penggunaan bahan rangsangan dalam pengajaran mereka. Untuk tujuan tersebut, dua kaedah pengajaran penulisan karangan telah dijalankan kepada kumpulan sampel, iaitu kaedah pengajaran karangan menggunakan bahan rangsangan untuk kumpulan eksperimen, dan pengajaran kaedah tradisional untuk kumpulan kawalan. Setelah menamatkan sesi pengajaran, kedua-dua kumpulan sampel telah diberi ujian penulisan karangan, dan markah yang diperolehi daripada ujian tersebut dijadikan data mentah dalam kajian ini. Data kajian telah dianalisis dengan statistik deskriptif (min, frekuensi, dan peratusan) dan statistik inferensi (Ujian t Bebas, dan Faktorial Mudah). Dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran karangan menggunakan bahan rangsangan memberi kesan yang positif terhadap prestasi penulisan karangan pelajar. Dalam aspek penulisan karangan keseluruhan, pelajar kumpulan eksperimen memperoleh min 51.02, dan pelajar kumpulan kawalan memperoleh min 40.95, dengan nilai t(78) =6.25, p<.05. Oalam aspek pengembangan isi karangan, terdapat kesignifikanan yang tinggi, iaitu apabila min kumpulan eksperimen 45.27 dan kumpulan kawalan mendapat min 39.02 dengan nilai t (78) = 4.13, p<.05.


Download File

[img] Text
FPP_2001_4.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Stimulus generalization.
Subject: Performance - Students.
Call Number: FPP 2001 4
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Hajah Kamariah bt. Haji Abu Bakar
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 14 Jan 2011 07:17
Last Modified: 08 Feb 2024 01:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9221
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item