Citation
Isa, Nadzeri
(2001)
Kesan Penggunaan Bahan Rangsangan Terhadap Prestasi Penulisan Karangan Pelajar Peringkat Menengah Rendah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan
bahan-bahan rangsangan terhadap prestasi penulisan karangan pelajar
peringkat menengah rendah. Selain itu, kajian ini juga akan
membandingkan prestasi penulisan karangan antara pelajar pencapaian
sederhana dengan pencapaian rendah, yang dikaitkan dengan
penggunaan bahan rangsangan dalam pengajaran mereka. Untuk tujuan
tersebut, dua kaedah pengajaran penulisan karangan telah dijalankan
kepada kumpulan sampel, iaitu kaedah pengajaran karangan
menggunakan bahan rangsangan untuk kumpulan eksperimen, dan
pengajaran kaedah tradisional untuk kumpulan kawalan. Setelah menamatkan sesi pengajaran, kedua-dua kumpulan sampel
telah diberi ujian penulisan karangan, dan markah yang diperolehi daripada
ujian tersebut dijadikan data mentah dalam kajian ini. Data kajian telah
dianalisis dengan statistik deskriptif (min, frekuensi, dan peratusan) dan
statistik inferensi (Ujian t Bebas, dan Faktorial Mudah).
Dapatan kajian menunjukkan kaedah pengajaran karangan
menggunakan bahan rangsangan memberi kesan yang positif terhadap
prestasi penulisan karangan pelajar. Dalam aspek penulisan karangan
keseluruhan, pelajar kumpulan eksperimen memperoleh min 51.02, dan
pelajar kumpulan kawalan memperoleh min 40.95, dengan nilai t(78)
=6.25, p<.05. Oalam aspek pengembangan isi karangan, terdapat
kesignifikanan yang tinggi, iaitu apabila min kumpulan eksperimen 45.27
dan kumpulan kawalan mendapat min 39.02 dengan nilai t (78) = 4.13, p<.05.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |