UPM Institutional Repository

Pembinaan dan Aplikasi Pengukuran Psikologi dalam Model Pembangunan Sumber Manusia Bagi Sektor Industri di Indonesia


Citation

Prayitno, Irwan (2000) Pembinaan dan Aplikasi Pengukuran Psikologi dalam Model Pembangunan Sumber Manusia Bagi Sektor Industri di Indonesia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Sektor industri di Indonesia memerlukan pekerja yang mempunyal produktiviti yang tinggi. Namun kenyataannya, ramai pekerja yang tidak memenuhi harapan tersebut kerana penempatan mereka tidak selaras dengan kemampuan. Oleh itu, satu alat pedu dibina untuk rnembolehkan industri mengukur dengan tepat potensi dan kemampuan yang dimiliki oleh sumber manusianya. Kajian ini bertujuan untuk membina suatu alat pengukuran psikologi yang mencakupi aspek inteligensi, minat dan personaliti. Kajian ini memberi turnpuan kepada aplikasi alat tersebut di sektor industri dalam konteks aktiviti pembangunan sumber manusia. Bagi memenuhi tujuan kajian ini, kombinasi dua metod digunakan. Metod kajian kuantitatif iaitu kebolehpercayan, kesahan dan korelasi, digunakan bagi pembinaan alat pengukuran psikologi. Untuk maksud pengujian alat, 82 pekerja daripada keseluruhan 250 pekerja industri di Padang, Sumatera Barat Indonesia telah digunakan sebagai sampel. Disamping itu kajian kualitatif berupa analisis kepustakaan bagi digunakan memenuhi tujuan kedua kajian. Hasil kajian mendapati alat yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi. Penemuan kajian menunjukkan alat pengukuran inteligensi mempunyai nilai kebolehpercayaan alpha Cronbach sebesar .9485 dan nilai korelasi sebesar .9606. Manakala untuk pengukuran minat, dapatan kajian menunjukkan nilai kebolehpercayaan model alpha sebesar .982 bagi keseluruhan alat; dan ini bermakna memiliki item-item yang bermutu. Kajian Juga menghasilkan analisis kebolehpercayaan model alpha bagi keseluruhan alat pengukuran personaliti bernilai .9820. Aplikasi pengukuran psikologi yang telah dibina dapat menghasilkan manual yang boleh digunakan oleh industri bagi memberikan gambaran kemampuan dan potensi sumber manusia. Perbandingan antara gambaran kemampuan pekerja dengan data pekerjaan menghasilkan model pembangunan sumber manusia didapati berkemampuan untuk melaksanakan aktiviti pengambilan dan pemilihan pekerja, latihan dan pembangunan pekerja, pembangunan kerjaya dan penempatan pekerja. Oleh kerana alat pengukuran ini dibentuk berasaskan budaya tempatan yang telah diuji adalah dicadangkan ianya diterima pakai oleh pihak industri di Indonesia berbanding alat daripada luar negara.


Download File

[img] Text
FPP_2000_19.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Developmental psychology - Indonesia
Subject: Psychology
Call Number: FPP 2000 19
Chairman Supervisor: Professor Madya Hj. Azimi Hj. Hamzah, Ed.D
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 13 Jan 2011 09:52
Last Modified: 08 Feb 2024 01:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9215
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item