UPM Institutional Repository

Masa Pembelajaran Akademik dan Pencapaian Pelajar Pelbagai Kategori Keaktifan dalam Pendidikan Jasmani


Citation

Jani, Julismah (2000) Masa Pembelajaran Akademik dan Pencapaian Pelajar Pelbagai Kategori Keaktifan dalam Pendidikan Jasmani. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pelajar perlu menguasai rnasa pembelajaran akademik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk memperoleh pencapaian akademik dalam Pendidikan Jasmani. Justeru itu, kajian ini ialah untuk menentukan sejauh mana hubungan masa pernbelajaran akademik dan tahap keaktifan pelajar dalam bidang sukan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Seramai 78 orang pelajar tingkatan satu di empat buah sekolah menengah dari zon Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah subjek di dalam kajian ini. Subjek terbahagi kepada tiga aras kategori keaktifan, iaitu pelajar aktif, pelajar sederhana aktif dan pelajar kurang aktif dalam bidang sukan. Sebanyak 7020 jeda masa pembelajaran akademik bagi ketiga-tiga kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan dikumpul melalui lima kali pemerhatian berdasarkan model Masa Pembelajaran Akademik dalarn Pendidikan Jasmani (MPA-pn yang diubahsuai daripada Siedentop, Tousignant dan Parker (1982). Manakala 78 data pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani dikurnpul melalui ujian kognitif ujian afektif dan ujian psikomotor. Data masa pembelajaran akademik bagi ketiga-tiga kategori keaktifan pelajar dan data pencapaian pelajar dalarn Pendidikan Jasmani dianalisis secara ujian statistik regresi pelbagai. Keputusan kajian mendapati wujudnya hubungan yang signifikan (p < .01) di antara masa pembelajaran akademik dan kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan terhadap pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani Hubungan tersebut menjelaskan 71 peratus ubahan di dalarn pencapaian pelajar adalah dipengaruhi oleh pembolehubah masa pembelajaran akademik dan kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan.


Download File

[img] Text
FPP_2000_13_IR.pdf

Download (4MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Academic achievement
Subject: Physical education and training - Study and teaching
Call Number: FPP 2000 13
Chairman Supervisor: Siti Rehani Che Hussain, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 13 Jan 2011 09:33
Last Modified: 02 Feb 2024 09:06
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9204
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item