Citation
Jani, Julismah
(2000)
Masa Pembelajaran Akademik dan Pencapaian Pelajar Pelbagai Kategori Keaktifan dalam Pendidikan Jasmani.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pelajar perlu menguasai rnasa pembelajaran akademik di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran untuk memperoleh pencapaian akademik dalam Pendidikan
Jasmani. Justeru itu, kajian ini ialah untuk menentukan sejauh mana hubungan masa
pernbelajaran akademik dan tahap keaktifan pelajar dalam bidang sukan
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani.
Seramai 78 orang pelajar tingkatan satu di empat buah sekolah menengah dari zon
Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah subjek di dalam kajian ini.
Subjek terbahagi kepada tiga aras kategori keaktifan, iaitu pelajar aktif, pelajar
sederhana aktif dan pelajar kurang aktif dalam bidang sukan. Sebanyak 7020 jeda masa pembelajaran akademik bagi ketiga-tiga kategori
keaktifan pelajar dalam bidang sukan dikumpul melalui lima kali pemerhatian
berdasarkan model Masa Pembelajaran Akademik dalarn Pendidikan Jasmani
(MPA-pn yang diubahsuai daripada Siedentop, Tousignant dan Parker (1982).
Manakala 78 data pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani dikurnpul melalui
ujian kognitif ujian afektif dan ujian psikomotor. Data masa pembelajaran
akademik bagi ketiga-tiga kategori keaktifan pelajar dan data pencapaian pelajar
dalarn Pendidikan Jasmani dianalisis secara ujian statistik regresi pelbagai.
Keputusan kajian mendapati wujudnya hubungan yang signifikan (p < .01) di antara
masa pembelajaran akademik dan kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan
terhadap pencapaian pelajar dalam Pendidikan Jasmani Hubungan tersebut
menjelaskan 71 peratus ubahan di dalarn pencapaian pelajar adalah dipengaruhi oleh
pembolehubah masa pembelajaran akademik dan kategori keaktifan pelajar dalam bidang sukan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |