Citation
Abdul Kadir, Fakhrul Adabi
(2000)
Kesediaan Menempuh Alam Keibubapaan di Kalangan Pasangan Muda Islam Daerah Hulu Langat Selangor Darul Ehsan.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pasangan muda Islam hari ini merupakan ibu bapa yang akan berperanan
mendidik dan membentuk generasi remaja akan datang. Gejala sosial
di kalangan remaja Muslim kini amat membimbangkan, dan ban yak pihak
mengaitkannya dengan kegagalan institusi keluarga khususnya ibu bapa
tidak memainkan peranan dengan sebaiknya. Membaiki fungsi institusi
kekeluargaan dalam masyarakat merupakan langkah pencegahan paling
berkesan. Oleh kerana kesediaan memikul tanggungjawab keibubapaan
merupakan langkah awal kepada perlaksanaan tugas keibubapaan, maka
usaha mengenalpasti tahap kesediaan di kalangan pasangan muda perlu
dilakukan. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahap kesediaan keibubapaan
pasangan muda Islam menempuh alam keibubapaan dari perspektif Islam.
Untuk itu, kajian ini melihat kesediaan keibubapaan di kalangan 180 orang
responden yang terpilih (90 pasangan suami isteri) di Daerah Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan. Data kajian dikumpulkan menggunakan borang soal
selidik dan dianalisis menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial
(SPSS) bagi mendapatkan maklumat tentang peratusan, purata dan sisihan
piawai. Ujian-t, Ujian Anova dan Ujian Korelasi juga digunakan dalam kajian
ini untuk melihat perkaitan dan perbezaan.Hasil dari kajian ini mendapati 1) tahap kesediaan keibubapaan responden
adalah tinggi; 2) tahap pengetahuan responden mengenai ilmu-ilmu
kekeluargaan dan keibubapaan juga berada di tahap yang tinggi; 3) hampir
kesemua responden bersikap positif terhadap peranan keibubapaan;
4) hampir kesemua elemen-elemen pengetahuan keibubapaan mempunyai
perkaitan dengan elemen-elemen sikap terhadap peranan keibubapaan;
5) faktor-faktor demografi seperti jantina, tempat tingga/ dan pendidikan
agama tidak terdapat perbezaan yang signifikan dengan kesediaan
keibubapaan; manakala faktor pendidikan akademik dan pekerjaan didapati
mempunyai perbezaan yang bermakna; dan 6) faktor pendapatan, tahap
pengetahuan dan sikap didapati mempunyai perkaitan yang bermakna
dengan kesediaan keibubapaan; manakala faktor umur didapati sebaliknya.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |