Citation
Zainal Abiddin, Norhasni
(2000)
Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk memahami masalah pembayaran balik
pinjaman pelajaran MARA yang berkaitan dengan punca permasalahan
dan juga langkah mengatasi masalah yang wujud. Kajian ini telah
dilaksanakan berasaskan tiga aspek persoalan kajian iaitu: (1) apakah
tindakan dan pendekatan yang digunakan oleh MARA dalam
mendapatkan semula pinjaman pelajaran; (2) apakah masalah atau
halangan yang menyebabkan peminjam tidak dapat membayar balik
pinjaman; dan (3) apakah latar belakang peminjam yang bermasalah
dalam pembayaran balik pinjaman. Kaedah penyelidikan kualitatif adalah
lebih sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Data-data telah
diperolehi melalui temubual, pemerhatian secara tidak formal dan
dokumen-dokumen formal yang berkaitan. Responden kajian ini terdiri daripada lima orang pegawai
pengurusan MARA dan lima orang peminjam bermasalah. Temubual
telah dilakukan di antara Oktober 1999 hingga Disember 1999. Semua
temubual telah dirakam dengan alat perakam suara berpandukan
kepada soalan separa struktur. Selain daripada responden yang telah
dikenalpasti, peminjam yang tidak bermasalah juga telah ditemubual
secara tidak formal.
Hasil kajian mendapati : (1) dalam proses kutipan pinjaman,
MARA mengamalkan pendekatan untuk membantu peminjam dengan
mengambilki ra masalah peminjam; (2) pendedahan identiti peminjam
dan penjamin di akhbar tempatan adalah langkah yang berkesan dalam
mendapatkan semula pinjaman; (3) peminjam yang mempunyai prestasi
pelajaran yang rendah dan menuntut di luar negara adalah lebih
bermasalah di dalam membayar balik pinjaman; dan (4) sikap, mentaliti
subsidi, amalan rakan yang dijadikan ikutan dan kegawatan ekonomi
juga merupakan antara faktor peminjam melengah-lengahkan membayar
balik pinjaman pelajaran MARA.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |