UPM Institutional Repository

Hubungan Personaliti Warna Dengan Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia


Citation

Jusoh, Ahmad Jazimin (2000) Hubungan Personaliti Warna Dengan Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ex-post facto jenis korelasi ini dijalankan bertujuan untuk menentukan hubungan antara personaliti warna (Emas, Hijau, Biru dan Jingga) dan minat kerjaya pelajar UPM berdasarkan kepada teori Pemilihan Kerjaya Holland. la juga bertujuan untuk melihat kesahan gagasan Inventori Personaliti Warna. Subjek kajian terdiri daripada 417 orang pelajar UPM yang dipilih secara rawak berlapis daripada populasi seramai 530 orang pelajar daripada program Bacelor Kejuruteraan Mekanikal, Bacelor Sains (Alam Sekitar), Bacelor Muzik, Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling), Bacelor Pentadbiran Perniagaan dan Bacelor Sains Komputer. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini ialah Inventori Personaliti Warna dan Self-Directed Search. Data yang didapati kemudiannya dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu frekuensi dan peratusan, dan statistik inferensi iaitu Korefasi Pearson pada aras signifikan .05. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga dan minat kerjaya dalam bidang Realistik; personaliti Hijau, Jingga, Emas dan Biru dan minat Investigatif; personaliti Jingga, Emas, Hijau dan Biru dan minat kerjaya Artistik; personaliti Emas dan Biru dan minat kerjaya Sosial; personaliti Jingga, Emas, Hijau dan Biru dan minat kerjaya Enterprising: dan personaliti Biru, Jingga, Emas dan Biru dan minat kerjaya Conventional. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa alat ukuran IPW yang telah dibentuk oleh Sidek Mohd Noah et al. (1997) mempunyai kesahan gagasan yang tinggi berbanding dengan alat ukuran SDS yang dibentuk oleh John L Holland. Sehubungan dengan keputusan kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.


Download File

[img] Text
FPP_2000_7_IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Coloring matter - Carrier - Universiti Putra Malaysia
Call Number: FPP 2000 7
Chairman Supervisor: Sidek bin Mohd. Noah, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 07:27
Last Modified: 02 Feb 2024 08:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9198
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item