Citation
Saree, Dama
(2000)
Komitmen Belia Tani Terhadap Projek Pertanian di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pada asasnya, Thailand adalah sebuah negara pertanian yang sangat
memerlukan tenaga muda agar sektor pertanian negara dapat terus dikekalkan.
Walau bagaimanapun, terdapat sebilangan kecil jumlah belia yang masih gigih
meneruskan usaha bertani. Walaupun terdapat banyak peluang dari sektor lain,
mereka masih lagi tertumpu kepada pertanian. Ini membayangkan komitmen
yang tertentu. Oleh itu adalah wajar dikaji tahap komitmen dan faktor-faktor
yang mempengaruhi komitmen mereka.
Objektif kajian ialah untuk mengetahui tahap komitmen dan mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi komitmen. Seramai 120 orang belia tani dari
sekitar wilayah Narathiwat telah dipilih sebagai responden. Penemuan kajian
mendapati tahap komitmen majoriti responden adalah sederhana. Keperluan
dalaman untuk beIjaya, berdikari dan dihargai, dan personaliti didapati paling
penting dalam mempengaruhi komitmen. Faktor kebolehan juga didapati
berkaitan secara signifikan dengan komitmen. Faktor-faktor pendapatan, tempoh menyertai projek, dan umur juga menyumbang kepada tahap komitmen. Faktor
galakan didapati tidak berkaitan dengan tahap komitmen belia tani.
Kajian mencadangkan agar mereka yang bertanggungjawap dalam
pembangunan belia tani memberi perhatian kepada keperluan dan personaliti belia
dalam meningkatkan komitmen mereka. Peningkatan keupayaan dan kemahiran,
dan pendedahan kepada teknologi dan kaedah pertanian yang lebih tinggi harns
juga dititikberatkan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |