UPM Institutional Repository

Pembangunan Bahan Kursus Multimedia Fizik Terma Menggunakan Authorware


Citation

Ab. Jalil, Habibah (2001) Pembangunan Bahan Kursus Multimedia Fizik Terma Menggunakan Authorware. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Mata pelajaran Fizik adalah satu mata pelajaran bidang sains yang begitu penting, tetapi mata pelajaran ini dikenal pasti sebagai satu daripada mata pelajaran yang sukar (khalijah et. al., 1995; Subahan, 1991). Selari dengan perkembangan IT, kaedah pengajaran fizik perlu dimajukan termasuk oleh golongan guru sendiri, Guru memainkan peranan untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka agar lebih menarik dan berkesan. Walau bagaimanapun penggunaan perisian atau bahan kursus fizik dalam pengajaran tidak dapat dilaksanakan berikutan kekurangan bahan itu sendiri di perimgkat kebangsaan. Sehubungan itu kajian ini mendedahkan peringkat-peringkat pembangunan bahan kursus. Berpandukan Model Reka Bentuk Pemprototaip Pantas Tripp dan Bichelmeyer (1990), proses pembangunan sesuatu bahan kursus telah dikenal pasti melaui peringkat-peringkat pebangunan itu sendiri dan hasil yamg diperolehu adalah berupa pengetahuan terhadap proses yang dilalui. Dalam pembangunan sesuatu bahan kursus, keperluan kandungan dan objektif ditentukan, diikuti peringkat mereka bentuk. Beberapa reka bentuk cadangan telah diutarakan iaitu reka bentuk untuk navigasi utama bahan kursus dan unit-unit lain dalam pengajaran fizik termasuk penerangan linear bermultimedia, penerengan bermultimedia interaktif, amali maya, demonstrasi, permainan, soalan latihan atau ujian dan latih tubi. Peringkat seterusnya ialah pengarangan yang dilakukan menggunakan perisian pengarangan Macromedia Authorware 4 di samping perisian sokongan lain digunakan untuk menghasilakan komponen-komponen multimedia iaitu komponen teks, audio, grafik, animasi dan video. Topik Fizik Terma iaiu di bawah tajuk Haba mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat, digunakan sebagai isi pelajaran bahan kursus. Bahan kursus yang terhasil seterusnya dlnilai daripada perspektif pelajar untuk bahagian persembahan bahan kursus, kandungn isi pelajaran dan soalan dibina di dalam bahan kursus. Ujian rintis dijalankan kepada 30 orang pelajar tingkatan empat. Tiga bahagian utama dinilai iaitu item untuk bahagian persembahan, isi pelajaran dan soalan terbina menunjukkan tahap prestasi komponen-komponen yang terkandung di dalamnya adalah tinggi iaitu lebih daripada 60% menyatakan secara positif. Walau bagaimanapun 63% menyatakan komponen bunyi/narasi adalah tidak mencukupi. Secara umumnya hasil ujian memang menunjukkan pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap bahan kursus.


Download File

[img] Text
FSAS_2001_4_IR.pdf

Download (641kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Physics - Study and teaching
Subject: Multimedia systems - Study and teaching
Call Number: FSAS 2001 4
Chairman Supervisor: Dr. Zaidan Abdul Wahab
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 12 Jan 2011 04:15
Last Modified: 02 Feb 2024 04:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9194
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item