UPM Institutional Repository

Penggunaan Alatan Teknologi dalam Pengajaran Ekonomi Rumah Tangga Sekolah Menengah di Lembah Kelang


Citation

Mukhtaram, Siti Natrah (1999) Penggunaan Alatan Teknologi dalam Pengajaran Ekonomi Rumah Tangga Sekolah Menengah di Lembah Kelang. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran, mengkaji sikap guru terhadap penggunaannya dan mengkaji masalah terhadap penggunaannya. oleh kerana kajian ini merupakan kajian sampel kajian terdiri daripada 35 orang guru Ekonomi Rumah Tangga yang dipilih dari empat daerah Sekolah Menengah Akademik di Lembah Klang iaitu Gombak, Ulu Langat, Kelang dan Petaling. Kaedah kajian tinjauan ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati tahap kekerapan penggunaan alatan teknologi dalam pengajaran keseluruhan adalah pada tahap yang sederhana (Min = 2.89). Kajian juga mendapati sikap terhadap penggunaan alatan teknologi dikalangan responden adalah tinggi (Min skor = 56.9). Analisis Korelasi Sperman yang digunakan mengenalpasti perkaitan pengunaan alatan teknologi dengan kelulusan, pengetahuan kewangan dan menghadiri kursus responden. Dapatan kajian yang dipeolehi menunjukan hubungan yang sangat kuat kelulusan nilai fs=0.96, pengetahuan kewangan fs=0.99 dan menghadiri kursus fs=0.98. Manakala ujian t mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan alatan teknologi dengan kelulusan, pengetahuan kewangan dan kehadiran kursus responden. Kajian mendapati keseluruhan aspek masalah utama pengajaran yang dihadapi oleh responden adalah pada tahap rendah.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_76_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Home economics - Study and teaching (Secondary) - Audio-visual aids - Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur
Subject: Teaching - Aids and devices - Wilayah Persekutuan - Kuala Lumpur
Call Number: FPP 1999 76
Chairman Supervisor: Profesor Madya Dr. Hapsah bt Mohd Nawawi
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 02:17
Last Modified: 25 Jul 2011 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9186
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item