UPM Institutional Repository

Penilaian Afektif dan Kognitif Bagi Penggunaan Komputer Untuk Latih Tubi Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah


Citation

Md Zain, Jazlan (1999) Penilaian Afektif dan Kognitif Bagi Penggunaan Komputer Untuk Latih Tubi Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji kesan penggunaan komputer dalam latih tubi matematik terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah afektif dan kognitif di kalangan pelajar-pelajar tahap dua sekolah rendah. Pemboleh ubah afektif yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah sikap dan minat terhadap penggunaan komputer untuk latih tubi matematik. Aspek-aspek sikap yang dikaji adalah keseronokan, kebimbangan, kesediaan untuk mengguna komptlter dan kepentingan pembelajaran berkomputer. Satu analisis persepsi pelajar terhadap kesesuaian penggunaan latih tubi berkomputer (program PPBK) juga dijalankan. Manakala pembolehubah kognitif pula yang diukur adalah pencapaian dalam matematik. Seramai 74 responden yang terdiri daripada pelajar tahun lima telah dipilih dalam kajian eksperimen yang berbentuk praujian pascaujian satu kumpulan. Data diperolehi melalui soal-selidik dan set ujian matematik sebelum dan selepas rawatan iaitu penggunaan "komputer semasa latih tubi matematik. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pakej statistik SPSS Windows. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan komputer PBK memberi kesan yang positif terhadap minat dan sikap dalam mengguna komputer PBK dan terhadap pencapaian pelajar-pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa setelah penggunaan komputer semasa latih tubi matematik minat pelajar terhadap penggunaan komputer meningkat dengan signifikan, t (73) = 4.06, P < 0.05.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_74_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Mathematics - Study and teaching - Computer assisted - Instruction
Subject: Educational technology
Call Number: FPP 1999 74
Chairman Supervisor: Rohani Ahmad Tarmizi, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 02:11
Last Modified: 25 Jul 2011 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9184
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item