Citation
Md Zain, Jazlan
(1999)
Penilaian Afektif dan Kognitif Bagi Penggunaan Komputer Untuk Latih Tubi Matematik di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji kesan penggunaan komputer
dalam latih tubi matematik terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah afektif dan
kognitif di kalangan pelajar-pelajar tahap dua sekolah rendah. Pemboleh ubah
afektif yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah sikap dan minat terhadap
penggunaan komputer untuk latih tubi matematik. Aspek-aspek sikap yang
dikaji adalah keseronokan, kebimbangan, kesediaan untuk mengguna komptlter
dan kepentingan pembelajaran berkomputer. Satu analisis persepsi pelajar
terhadap kesesuaian penggunaan latih tubi berkomputer (program PPBK) juga
dijalankan. Manakala pembolehubah kognitif pula yang diukur adalah
pencapaian dalam matematik. Seramai 74 responden yang terdiri daripada pelajar
tahun lima telah dipilih dalam kajian eksperimen yang berbentuk praujian pascaujian satu kumpulan. Data diperolehi melalui soal-selidik dan set ujian
matematik sebelum dan selepas rawatan iaitu penggunaan "komputer semasa latih
tubi matematik. Data kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pakej
statistik SPSS Windows.
Dapatan kajian menunjukkan penggunaan komputer PBK memberi kesan
yang positif terhadap minat dan sikap dalam mengguna komputer PBK dan
terhadap pencapaian pelajar-pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
setelah penggunaan komputer semasa latih tubi matematik minat pelajar terhadap
penggunaan komputer meningkat dengan signifikan, t (73) = 4.06, P < 0.05.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |