Citation
Ahmad, Sharizan
(2000)
Penyediaan dan pencirian karbon aktif daripada hampas sagu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Hampas sagu merupakan bahan buangan daripada industri pengekstrakan
kanji daripada batang pokok rumbia. Dianggarkan sebanyak 74000 tan hampas
sagu telah dihasilkan setahun di mana sebahagian besar dibuang ke dalam sungai
dan merupakan bahan pencemar utama bagi sungai-sungai yang berdekatan
dengan industri tersebut.
Penukaran hampas sagu kepada karbon aktif telah dilakukan dengan
menggunakan larutan ZnCl₂ dan gas CO₂ sebagai agen pengaktifan. Proses
pengkarbonan ke atas hampas sagu telah dilakukan selama 3 jam diikuti oleh
pengaktifan menggunakan gas CO₂ selama 1 jam. Berbagai kepekatan larutan
ZnCl₂ dan suhu telah digunakan sebagai parameter untuk menentukan beberapa
sifat yang terdapat pada karbon aktif yang telah disediakan. Beberapa pencman fisiko-kimia terhadap tekstur permukaan luaran,
permukaan dalaman dan sifat penjerapan dalam fasa gas dan cecair ke atas karbon
aktif yang disediakan telah diIakukan. Terdapat dua jenis liang utama yang
mendominasi karbon aktif iaitu liang mikro dan meso. Bagi karbon aktif yang
disediakan dengan impregnasi antara 0-10% larutan ZnCl₂ liang yang terbentuk
adalah jenis mikro manakala impregnasi antara 15-40% liang yang terbentuk
adalah jenis meso. Luas permukaan maksimum karbon aktif yang disediakan bagi
semua keadaan suhu telah diperolehi apabila hampas sagu diimpregnasi dengan
kepekatan ZnCh melebihi 15% dan semua karbon aktif yang disediakan adalah
bersifat berasid.
Karbon aktif yang disediakan pada suhu 500°C dan diimpregnasi dengan
15% larutan ZnCl₂ (KA 15% ZnCl₂ 500°C) telah digunakan untuk proses
penjerapan larutan metilena biru, fenol dan ion logam (Cu²⁺ dan Ni²⁺). Penjerapan
larutan metilena biru adalah mengikut isoterma Freundlich manakala bagi
penjerapan larutan fenol dan ion logam (Cu²⁺ dan Ni²⁺)mengikut isoterma BET.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |