UPM Institutional Repository

Atribusi Terhadap Kejayaan dan Kegagalan Matematik di Kalangan Pelajar Sains dan Pelajar Sastera Tingkatan Empat


Citation

Loh, Sau Cheong (1999) Atribusi Terhadap Kejayaan dan Kegagalan Matematik di Kalangan Pelajar Sains dan Pelajar Sastera Tingkatan Empat. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan atribusi terbadap kejayaan dan kegagalan Matematik antara pelajar Sains dan pe1ajar Sastera Tingkatan Empat. Subjek merupakan 262 orang pelajar Tingkatan Empat yang telah dipiliib mengikut persampelan rawak berlapis dari dua buah sekolah menengah kebangsaan di Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Antara subjek ini, 130 orang adalah pelajar Sains dan 132 orang adalah pelajar Sastera. Atribusi terhadap kejayaan dan kegagalan Matematik telah diukur dengan menggunakan Skala Atribusi Kejayaan dan Kegagalan Matematik yang diubahsuai dari Skala Dimensi Causal oleh Russell sementara lokus kawalan pelajar telah diukur dengan menggunakan Skala Kawalan Pelajar yang diubahsuai dari Skala Lokus Kawalan oleh Rotter. Lokus kawalan seterusnya digunakan bagi menentukan motivasi pencapaian pelajar . Perbezaan min atribusi mengikut aliran persekolahan dan jantina telah ditentukan ke signifikannya melalui ujian-t sampel tak bersandar. Bagi aliran persekolaban, terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi kestabilan dan kebolehkawalan dalam situasi gagal dan perbezaan yang signifikan bagi dimensi lokus, kebolehkawalan, dan kestabilan dalam situasi lulus. Bagi jantina, perbezaan min atribusi yang signifikan wujud dalam dimensi lokus bagi situasi lulus dan dalam dimensi kebolehkawalan bagi situasi gagal.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_73_A.pdf

Download (5MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Mathematics - Study and teaching (Secondary) - Kuala Lumpur
Subject: Mathematical ability - Testing
Subject: Grading and marking (Students) - Kuala Lumpur
Call Number: FPP 1999 73
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Hjh. Habibah Elias
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 01:59
Last Modified: 25 Jul 2011 08:33
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9182
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item