Citation
Wan Abdullah, Wan Fadilah
(2000)
Sifat terma-mekanik kopolimer poli (metil metakrilat-co-stirena).
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kopolimer metil metakrilat (MMA) dan stirena (ST) pada nisbah yang
berbeza (1:1, 1:2 dan 2:1) disediakan dengan berbagai peratus etilena glikol
dimetakrilat (EGDMA) sebagai agen perangkai silang. Pempolimeran dilakukan di
dalam kukus air pada 60°C dengan kehadiran bahan pemula azobisisobutironitril
(AIBN). Pencirian dibuat berdasarkan kandungan air pada keseimbangan (EWC),
kandungan pelarut pada keseimbangan (ESC), suhu peralihan kaca (Tg),
penghabluran, takat lebur (Tm) dan ujian mekanik.
Didapati nilai EWC bagi kesemua kopolimer tersangat kecil kira-kira 0.4-
1.00/0. Ntlai ESC (di antara 25-75%) berkurangan dengan peningkatan peratus
EGDMA. Daripada analisis terma, didapati pertambahan EGDMA menutYukkan
terdapatnya peningkatan pada peratus penghabluran bagi kopolimer yang sama banyak atau lebih banyak kandungan MMA berbanding ST. Bagi kopolimer yang
tinggi kandungan ST, terdapat sedikit pertambahan penghabluran terhadap
EGDMA. WaIau bagaimana pun kandungan ST yang tinggi menyebabkan niIai Tm
meningkat. SebaIiknya nilai Tm berkurang apabila EGDMA bertambah. Sifat-sifat
termomekanikal kopolimer telah diselidiki sebagai fungsi kadar terikan dan suhu
masing-masing daIam julat 10⁻³ hingga 10⁻¹ S⁻¹ dan 30-200°C. Daripada lengkung
tegasan-terikan, plot aIiran tegasanlsuhu lawan kadar terikan diperolehi mematuhi
persamaan Eyring. Peratusan EGDMA dapat meningkatkan kekuatan kopolimer
ini. Kopolimer yang tinggi komposisi MMA adaIah lebih kuat. Ujian mekanik
(Graf log modulus Young (E) lawan suhu) dan ujian terma telah menunjukkan
bahawa Tg terdapat di antara 80 dan 100°C.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |