UPM Institutional Repository

Pengurusan Latihan Dalaman Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan Darul Khusus


Citation

P. Kamadin, Abdul Jalil (1999) Pengurusan Latihan Dalaman Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan Darul Khusus. [Project Paper Report]

Abstract

Fenomena semasa menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian pendekatan dan kaedah pelaksanaan pengurusan latihan dalaman Bahasa Melayu (8M) di sekolah-sekolah. Kebanyakan pengetua mengunakan panduan yang disarankan oleh Pukal Latihan KBSM. Namun demi kian, wujud pengubahsuaian dan perbezaan dalam menguruskan latihan dalaman. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui aspek-aspek tugas pengurusan, tatacara dan tahap kefahaman pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) mengendalikan latihan dalaman mengikut lima dimensi pengurusan iaitu kesediaan, perancangan, latihan, implimentasi, dan pemantapan. Kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada pengetua lain dan sebagai plan tindakan yang wajar dilaksanakan oleh pengetua untuk meningkatkan pengurusan latihan dalaman di SMA. Kerangka Model Readiness, Planning, Training, Implimentation and Maintanence (RPTIM) yang diutarakan oleh Wood F. H. (1982) dimodefikasi kerana banyak persamaan dengan Pukal Latihan KBSM. Semua pengetua dari tujuh buah SMA menjadi subjek dalam kajian ini disebabkan mereka adalah pengurus sekolah yang bertanggungjawab menggerakkan latihan dalaman. Instrumen kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang menggandungi tiga bahagian.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_69_A.pdf

Download (850kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Malay language - Study and teaching - Negeri Sembilan
Subject: Malay language - Negeri Sembilan - Evaluation
Call Number: FPP 1999 69
Chairman Supervisor: Associate Professor Hjh. Kamariah bt. Hj. Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 01:42
Last Modified: 25 Jul 2011 08:31
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9176
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item