Citation
P. Kamadin, Abdul Jalil
(1999)
Pengurusan Latihan Dalaman Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Agama Negeri Sembilan Darul Khusus.
[Project Paper Report]
Abstract
Fenomena semasa menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian
pendekatan dan kaedah pelaksanaan pengurusan latihan dalaman
Bahasa Melayu (8M) di sekolah-sekolah. Kebanyakan pengetua
mengunakan panduan yang disarankan oleh Pukal Latihan KBSM.
Namun demi kian, wujud pengubahsuaian dan perbezaan dalam
menguruskan latihan dalaman. Objektif kajian ini adalah untuk mengetahui aspek-aspek tugas
pengurusan, tatacara dan tahap kefahaman pengetua Sekolah
Menengah Agama (SMA) mengendalikan latihan dalaman mengikut lima
dimensi pengurusan iaitu kesediaan, perancangan, latihan, implimentasi,
dan pemantapan. Kajian ini boleh digunakan sebagai panduan kepada
pengetua lain dan sebagai plan tindakan yang wajar dilaksanakan oleh
pengetua untuk meningkatkan pengurusan latihan dalaman di SMA.
Kerangka Model Readiness, Planning, Training, Implimentation
and Maintanence (RPTIM) yang diutarakan oleh Wood F. H. (1982)
dimodefikasi kerana banyak persamaan dengan Pukal Latihan KBSM.
Semua pengetua dari tujuh buah SMA menjadi subjek dalam kajian ini
disebabkan mereka adalah pengurus sekolah yang bertanggungjawab
menggerakkan latihan dalaman. Instrumen kajian ini terdiri daripada satu
set soal selidik yang menggandungi tiga bahagian.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Malay language - Study and teaching - Negeri Sembilan |
Subject: |
Malay language - Negeri Sembilan - Evaluation |
Call Number: |
FPP 1999 69 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Hjh. Kamariah bt. Hj. Abu Bakar, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
12 Jan 2011 01:42 |
Last Modified: |
25 Jul 2011 08:31 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9176 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |