UPM Institutional Repository

Persepsi Staf dan Pelajar-Pelajar Institut British Malaysia Mengenai Amalan Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan Vokasional


Citation

Zakaria, Asmah (1999) Persepsi Staf dan Pelajar-Pelajar Institut British Malaysia Mengenai Amalan Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan Vokasional. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti persepsi staf dan pelajar-pelajar mengenai pengurusan kualiti yang diamalkan di Institut British Malaysia. Responden kajian terdiri daripada 70 orang kakitangan dan 100 orang pelajar-pelajar institut. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik skala Likert yang mengandungi 54 soalan. Data yang dikumpul dianalisis untuk mengenalpasti persepsi responden. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menerangkan ciri demografi dan persepsi responden. Ujian-t telah digunakan untuk mengenalpasti perbezaan pendapat antara kumpulan staf dan kumpulan pelajar dan antara jantina. Analisis Varians (ANOV A) telah digunakan untuk mengenalpasti perbezaan min antara kumpulan umur, tempoh perkhidmatan, tahap pendidikan dan kumpulan perkhidmatan di kalangan kakitangan. Hasil kajian mendapati bahawa responden agak bersetuju dengan kesemua prinsip pengurusan kualiti yang dikemukakan, iaitu kepastian kualiti diikuti oleh pengukuran kualiti, mengutamakan pelanggan, perancangan strategik kualiti, latihan dan pengiktirafan, semangat kerja berpasukan dan sokongan pengurusan atasan. Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara persepsi staf dengan kumpulan pelajar terhadap prinsip-prinsip tersebut di mana kumpulan pelajar didapati mempunyai persepsi yang lebih positif. Hasil kaj ian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan lelaki dan perempuan dalam tiga daripada tujuh prinsip yang dikemukakan. Daripada analisis ANOVA didapati terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan kakitangan dari kumpulan perkhidmatan yang berlainan terhadap persepsi pengurusan kualiti. Kajian juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan dari segi umur, tahap pendidikan dan tempoh perkhidmatan di kalangan kakitangan terhadap pengurusan kualiti. Berdasarkan hasil kajian adalah dicadangkan pihak pengurusan berusaha memantapkan lagi pengurusan kualiti di institut tersebut dan memberi perhatian dalam mempertingkatkan keyakinan staf terutama kumpulan akademik ke atas kepentingan pengurusan kualiti. Kajian juga mencadangkan pihak pengurusan mengenalpasti dan mendalami masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan khususnya kumpulan akademik kerana mereka mempunyai persepsi yang paling negatif terhadap implementasi pengurusan kualiti di institut tersebut.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_67_A.pdf

Download (712kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: British Malaysian Institute - Officials and employees
Subject: British Malaysian Institute - Students
Subject: Vocational education - Malaysia
Call Number: FPP 1999 67
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Abdul Patah Abdul Malek
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 12 Jan 2011 01:33
Last Modified: 25 Jul 2011 08:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9174
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item