Citation
Zakaria, Asmah
(1999)
Persepsi Staf dan Pelajar-Pelajar Institut British Malaysia Mengenai Amalan Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan Vokasional.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti persepsi staf dan pelajar-pelajar
mengenai pengurusan kualiti yang diamalkan di Institut British Malaysia.
Responden kajian terdiri daripada 70 orang kakitangan dan 100 orang pelajar-pelajar
institut. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik skala Likert
yang mengandungi 54 soalan. Data yang dikumpul dianalisis untuk mengenalpasti
persepsi responden. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menerangkan ciri
demografi dan persepsi responden. Ujian-t telah digunakan untuk mengenalpasti
perbezaan pendapat antara kumpulan staf dan kumpulan pelajar dan antara jantina.
Analisis Varians (ANOV A) telah digunakan untuk mengenalpasti perbezaan min
antara kumpulan umur, tempoh perkhidmatan, tahap pendidikan dan kumpulan
perkhidmatan di kalangan kakitangan. Hasil kajian mendapati bahawa responden agak bersetuju dengan kesemua
prinsip pengurusan kualiti yang dikemukakan, iaitu kepastian kualiti diikuti oleh
pengukuran kualiti, mengutamakan pelanggan, perancangan strategik kualiti, latihan
dan pengiktirafan, semangat kerja berpasukan dan sokongan pengurusan atasan.
Hasil kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan antara
persepsi staf dengan kumpulan pelajar terhadap prinsip-prinsip tersebut di mana
kumpulan pelajar didapati mempunyai persepsi yang lebih positif. Hasil kaj ian juga
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara kumpulan lelaki dan
perempuan dalam tiga daripada tujuh prinsip yang dikemukakan. Daripada analisis
ANOVA didapati terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan kakitangan dari
kumpulan perkhidmatan yang berlainan terhadap persepsi pengurusan kualiti. Kajian
juga mendapati tiada perbezaan yang signifikan dari segi umur, tahap pendidikan dan
tempoh perkhidmatan di kalangan kakitangan terhadap pengurusan kualiti.
Berdasarkan hasil kajian adalah dicadangkan pihak pengurusan berusaha
memantapkan lagi pengurusan kualiti di institut tersebut dan memberi perhatian
dalam mempertingkatkan keyakinan staf terutama kumpulan akademik ke atas
kepentingan pengurusan kualiti. Kajian juga mencadangkan pihak pengurusan
mengenalpasti dan mendalami masalah-masalah yang dihadapi oleh kakitangan
khususnya kumpulan akademik kerana mereka mempunyai persepsi yang paling
negatif terhadap implementasi pengurusan kualiti di institut tersebut.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
British Malaysian Institute - Officials and employees |
Subject: |
British Malaysian Institute - Students |
Subject: |
Vocational education - Malaysia |
Call Number: |
FPP 1999 67 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Dr. Abdul Patah Abdul Malek |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
12 Jan 2011 01:33 |
Last Modified: |
25 Jul 2011 08:28 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9174 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |