Citation
Abdullah, Mohamad Khairuddin
(1999)
Sikap Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah di Kalangan Pengetua-Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Sabah.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian tentang sikap penggunaan komputer dalam pengurusan pentadbiran
sekolah menengah di kalangan pengetua dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
sama ada pengetua menggunakan komputer dalam tugas pentadbirannya di sekolah.
Data-data yang dikumpulkan termasuk gred sekolah, bilangan komputer yang terdapat
di sekolah, kekerapan responden menggunakan komputer dalam pentadbiran, minat
responden untuk mengikuti kursus, kekerapan menggunakan komputer dalam
pentadbiran dan faedah-faedah penggunaan komputer di sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dan ditadbir melalui pos. Data yang
dikumpul dianalisis dengan menggunakan cara kekerapan, min dan "cross tabulation"
dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Penyelidik juga mengkaji tentang sikap
pengetua terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran dan
melihat perhubungan antara sikap dengan umur, jawatan, jantina, pencapaian
akademik, lokasi, gred sekolah, bilangan komputer yang terdapat di sekolah,
kekerapan guna komputer dan kekerapan berlatih menggunakan komputer serta lama
masa responden memegang jawatan. Ujian khi kuasa dua dijalankan untuk melihat
hubungan sikap pengetua dengan beberapa pembolehubah tidak bersandar. Kaedah
analisis faktor dijalankan untuk mengenalpasti dan menyusun beberapa dimensi faktor
sikap pengetua daripada sejumlah faktor besar yang mana dapat menunjukkan
hubungan dengan beberepa kumpulan faktor sikap yang saling berkaitan dengan
sikap pengetua terhadap penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Ujian korelasi phi dijalankan untuk mengenalpasti hubungan korelasi antara
pembolehubah tidak bersandar dengan sikap pengetua terhadap penggunaan
komputer dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |