Citation
Daras, Ahmad
(1999)
Persepsi Terhadap Peranan Pengurus Sekolah dalam Pengurusan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di Jerantut.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk meninjau persepsi pengurus dan guru sekolah
terhadap tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan KBSM di sembilan
buah sekolah menengah dalam daerah Jerantut Pahang Darul Makmur. Kajian ini juga
turut meninjau perbezaan persepsi antara pengurus sekolah dengan guru terhadap
tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan pengurusan KBSM oleh pengurus
sekolah di daerah berkenaan. Sebanyak 79 orang responden telah dikategorikan sebagai
'pengurus sekolah' yang terdiri daripada pengetua, guru penolong kanan, penyelia
petang, ketua bidang mata pelajaran dan setiausaha kurikulum. Sementara 344 orang
lagi dikategorikan sebagai guru biasa. Kesemua responden dalam kajian ini dikehendaki
menjawab soal selidik berkaitan pengurusan KBSM di sekoJah masing-masing.
Penganalisisan data kajian adalah berpandukan statistik deskriptif dan ujian 't'.Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseJuruhannya responden di
kalangan pengurus sekolah mempunyai persepsi tahap pengetahuan dan tahap keperluan
pengurusan KBSM yang tinggi. Walau bagaimanapun, tahap pelaksanaan pengurusan
kurikulum dipersepsikan berada di tahap sederhana tinggi. Sementara guru pula
mempersepsikan bahawa tahap pengetahuan pengurus sekolah terhadap pengurusan
kurikulum adalah tinggi, namun tahap keperluan pengurusan kurikulum oleh pengurus
sekolah dipersepsikan sederhana tinggi dan tahap pelaksanaan pengurusan kurikulum
yang dijalankan oleh pengurus sekolah dipersepsikan sederhana sahaja. Di samping itu,
dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di antara
pengurus sekolah dengan guru terhadap tahap pengetahuan, keperluan dan pelaksanaan
pengurusan (KBSM) oleh pengurus sekolah.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
School management and organization - Pahang |
Subject: |
School personnel management - Pahang |
Subject: |
Curriculum planning |
Call Number: |
FPP 1999 62 |
Chairman Supervisor: |
Associate Professor Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
11 Jan 2011 06:40 |
Last Modified: |
02 Feb 2024 01:04 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9169 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |