UPM Institutional Repository

Risiko Kesihatan Akibat Stres di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Citation

Ahmad, Jamaliyah (1999) Risiko Kesihatan Akibat Stres di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau risiko kesihatan akibat stres di kalangan guru-guru yang mengajar di sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Seramai 210 responden dipilih secara rawak dari sepuluh buah sekolah menengah sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang dipilih khas mengikut format dari buku berjudul 'Health Risks' oleh Elliot J. Horward dan diubahsuai dengan persetujuan penyelia bagi memenuhi objektif penyelidikan ini. Data-data yang diperolehi, dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS). Dari penganalisisan data, frekuensi dan peratusan diperolebi dan ditabulisasikan dalam bentuk jadual. Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden (f = 131) tinggi risiko kesihatan akibat dari stres berbanding dengan jumlah responden (f = 78) yang sederhana risiko kesihatan akibat stres. Manakala hanya terdapat seorang (f = 1) saja pada tahap rendah. Selain daripada mengenalpasti petanda-petanda stres, kajian ini juga meninjau bagaimana sistem tubuh bereaksi semasa dalam keadaan stres dan risiko penyakit yang berkaitan dengan stres. Di dalam kajian ini juga terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan untuk meningkatkan lagi prestasi dan kecemerlangan diri di samping panduan dan nasihat bagi mengatasi dan mengendalikan stres ke arah kesejahteraan hidup.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_59_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Teachers - Job stress - Wilayah Persekutuan
Subject: Teachers - Wilayah Persekutuan - Health
Call Number: FPP 1999 59
Chairman Supervisor: Tuan Sheikh Karnarudin bin Sheikh Ahmad
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 11 Jan 2011 03:31
Last Modified: 25 Jul 2011 08:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9166
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item