UPM Institutional Repository

Proses Peningkatan Kualiti dalam Pengajaran Melalui ISO 9000 di Universiti Putra Malaysia


Citation

Wah, Rosdi (1999) Proses Peningkatan Kualiti dalam Pengajaran Melalui ISO 9000 di Universiti Putra Malaysia. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan memahami proses peningkatan kualiti dalam pengajaran melalui ISO 9000. Selaras dengan dasar pengkorporatan universiti dan persaingan antara IPTA dengan IPTS yang semakin tinggi, UPM memerlukan proses pengajaran yang berkualiti. Universiti yang dianggap berkualiti akan menarik minat pelanggan dan dengan demikian peningkatan kualiti menjadi semakin penting. Melalui ISO 9000, UPM menjanjikan kepastian kualiti pengajaran kepada pelanggannya di mana perkhidmatan pengajaran yang diberikan olehnya memenuhi standard yang ditetapkan secara konsisten. Seramai 8 responden yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000 di UPM telah dipilih. Temubual secara mendalam dengan setiap responden telah dijalankan. Setiap temubual memakan masa tidak kurang daripada satu jam. Semua temubual dirakamkan ke dalam pita rakaman dan kemudiannya dituliskan semula bagi memudahkan proses analisis data. Daripada kajian ini, kefahaman responden boleh dibahagikan kepada empat aspek iaitu (1) konsep kualiti pengajaran; (2) konsep ISO 9000 dalam peningkatan kualiti pengajaran; (3) proses peningkatan kualiti pengajaran dan proses pencapaian ISO 9000 dalam pengajaran; dan (4) cabaran dalam proses mempertingkatkan kualiti pengajaran melalui ISO 9000. Konsep kualiti pengajaran dilihat sebagai kejayaan melahirkan graduan yang cemerlang pada keseluruhannya, diterima dan dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada majikan. Dalam hal ini selain proses pemindahan ilmu, kualiti input pelajar juga memberi kesan terhadap melahirkan graduan yang cemerlang. Proses peningkatan kualiti melalui ISO 9000 memerlukan komitmen dan penglibatan tinggi semua pihak. ISO 9000 dilihat sebagai satu struktur asas untuk mencapai pengurusan kualiti yang lebih menyeluruh. Beberapa cabaran perlu diatasi dalam mencapai pengiktirafan ISO 9000. Antaranya kefahaman umum yang masih kabur, mendapatkan komitmen yang lebih mantap, memerlukan penilaian dan pemantauan yang lebih menyeluruh, dan sasaran pencapaian yang lebih realistik. Selain itu beberapa pembaharuan sistem kerja dan struktur organisasi juga perlu dilaksanakan. Peningkatan kualiti dalam pengajaran dilihat sebagai satu proses yang perlu dilaksanakan secara berterusan.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_52_A.pdf

Download (570kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Universiti Putra Malaysia
Subject: College teaching - Malaysia - Quality control
Subject: ISO 9000 Series Standards
Call Number: FPP 1999 52
Chairman Supervisor: Profesor Madya Azahari bin Ismail, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 11 Jan 2011 02:57
Last Modified: 25 Jul 2011 08:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9161
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item