Citation
Ibrahim, Roslina
(1999)
Pengetahuan, Pemahaman dan Sikap dalam Literasi Komputer di Kalangan Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Maktab Perguruan Islam.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan tentang komputer,
pemahaman tentang komputer dan sikap terhadap komputer di kalangan guru pelatih
Kursus Perguruan Lepas Ijazah Maktab Perguruan Islam, Bangi, Selangor Darul
Ehsan. Secara terperinci kajian ini bertujuan untuk menentukan (l) tahap
pengetahuan tentang komputer di kalangan bakal guru, (2) tahap pemahaman tentang
komputer di kalangan bakal guru, (3) sikap terhadap komputer di kalangan bakal
guru, (4) hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan pemahaman tentang
komputer. (5) hubungan antara pengetahuan tentang komputer dengan sikap terhadap
komputer dan (6) hubungan antara pemahaman tentang komputer dengan sikap
terhadap komputer.
Pengkaji telah menjalankan kajian dengan menggunakan soal selidik yang
dibina untuk mendapatkan maklumat berkenaan tahap pengetahuan tentang komputer
dan tahap pemahaman tentang komputer. Kedua-dua tahap pengetahuan dan pemahaman ini diukur dengan mengemukakan 25 item ujian bagi setiap bahagian.
Manakala pemyataan berdasarkan skala Attitude Toward Computer Scale (ATeS)
digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang sikap guru pelatih terhadap
komputer.
Seramai 178 orang guru pelatih yang mengikuti Kursus Perguruan Lepas
Ijazah, Maktab Perguruan Islam di Bangi, Selangor Darul Ehsan pada sesi Julai
1998/99 dipilih sebagai sampel kajian ini.
Kesimpulan bagi kajian ini ialah: (1) Tahap pengetahuan tentang komputer di
kalangan guru pelatih adalah sederhana; (2) Tahap pemahaman tentang komputer di
kalangan guru pelatih adalah sederhana tinggi, (3) Sikap terhadap komputer di
kalangan guru pelatih adalah sangat positif; (4) Terdapat hubungan positif di antara
pengetahuan tentang komputer dengan pemahaman tentang komputer di kalangan
guru pelatih (r=0.33, p<0.001); (5) Terdapat hubungan positif di antara pemahaman
tentang komputer dengan sikap terhadap komputer di kalangan guru pelatih (r=1.27,
p<0.001); dan (6) Tidak terdapat hubungan yang bererti antara pengetahuan tentang
komputer dan sikap terhadap komputer di kalangan guru pelatih (r=0.14, p>0.05).
Kajian ini telah memberi maklumat tentang tahap pengetahuan, pemahaman
dan sikap dalam literasi komputer guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah
Maktab Perguruan Islam.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |