Citation
Shahkat Ali, Sakhilah
(1999)
Tekanan di Kalangan Kaunselor Pelajar Sepenuh Masa di Sekolah-Sekolah Menengah di Wilayah Persekutuan.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenalpasti faktor-faktor
yang menyebabkan tekanan serta mengenalpasti kesan-kesan tekanan dan
paras tekanan yang dialami oleh kaunselor pelajar sekolah-sekolah
menengah di Wilayah Persekutuan. Seramai 58 responden telah mengisi
borang soal selidik di mana seramai 23 responden adalah lelaki dan 35
responden adalah perempuan. Setiap responden adalah Kaunselor Pelajar
yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan.
Data yang diperolehl dianalisis secara "SPSS-X". Pembolehubah-pembolehubah
tunggal dilaporkan dalam bentuk peratusan, min, median dan kekerapan. Manakala perkaitan angkubah bebas dan angkubah
bersandar diuji dengan menggunakan ujian t dan Korelasi Pearson(r).
Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor seperti Tekanan Kerja,
Bidang Kerja, Perhubungan Kerja serta Konflik Peranan merupakan punca
tekanan yang utama dengan min skor masing-masing melebihi 3.000.
Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perkaitan di antara Kaunselor
Pelajar yang mempunyai paras tekanan yang tinggi terhadap masalah
fisiologi dan psikologi. Paras tekanan adalah tinggi dengan min 300.138.
Seramai 31 responden (52.7%) telah memperolehi skor 'Life Change Unit'
(LCU) melebihi 300 unit. Ini menandakan Kaunselor Pelajar di sekolahsekolah
menengah di Wilayah Persekutuan mengalami tekanan yang
sangat tinggi.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |