Citation
Ali, Othman
(1999)
Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum Sekolah Menengah yang Dilabelkan Terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan
dan pelaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Taman Maluri. Kuala
Lumpur. Sekolah ini telah dilabelkan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan
kokurikulum oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Kajian ini berbentuk
deskriptif dan data dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan.
Kajian ini menggunakan dua set soal selidik iaitu satu set untuk guru dan
satu set untuk pelajar manakala satu set soalan temu bual untuk Pengetua,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penyelaras Kokurikulum. Soal selidik
untuk guru mengandungi 47 soalan mana kala soal selidik untuk pelajar mengandungi 25 soalan. Kedua-dua soal selidik ini mengandungi soalan yang
berbentuk tertutup dan terbuka. Soalan yang berbentuk tertutup, pelajar dan guru
dikehendaki memberi pliihan jawapan yang telah disediakan. Soalan berbentuk
terbuka pula, pelajar dan guru dikehendaki memberi jawapan berdasarkan
pengalaman dan persepsi mereka.
Dari segi pengurusan, Pengetua mempunyai gaya pengurusan yang
pelbagai iaitu berdasarkan teori Kepimpinan Latuan-Matlamat, teori Kepimpinan
Kontingensi, teori Kontinuum Autokratik-Demokratik Tannenbaum, dan teori
Situasi. Pengetua mempunyai hubungan rapat dengan guru dan banyak
mengadakan perbincangan dan perundingan dalam memberi tugasan di
samping membuat keputusan secara mutlat sebagai jalan terakhir.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Curriculum planning - Wilayah Persekutuan |
Subject: |
Education - Wilayah Persekutuan - Curricula |
Call Number: |
FPP 1999 44 |
Chairman Supervisor: |
Professor Madya Dr. Hajah Kamariah bt. Hj. Abu Bakar |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
11 Jan 2011 02:38 |
Last Modified: |
25 Jul 2011 08:04 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9155 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |