UPM Institutional Repository

Keberkesanan Modul Motivasi Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Jelebu Negeri Sembilan


Citation

Jaamat, Mohd Ali (1999) Keberkesanan Modul Motivasi Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Jelebu Negeri Sembilan. [Project Paper Report]

Abstract

Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan penggunaan modul motivasi dalam meningkatkan motivasi pencapaian pelajar di beberapa buah sekolah menengah daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Teori Atkinson dan teori McC lelland (1965) dijadikan teori rujukan utama untuk kajian ini. Atkinson (1966) telah menunjukkan bahawa kecenderungan untuk mencapai kejayaan adalah satu jenis motivasi yang dipelajari di mana pelajar mungkin mempunyai motif untuk mencapai kejayaan atau motif untuk mengelakkan kegagalan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah 'true experimentar ujian pra ujian pasca kumpulan kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan 4 dari pada tiga buah sekolah menengah yang berlainan. Pemilihan subjek dilakukan secara rawak mudah dan kemudian menggunakan prosedur pemadanan. Subjek-subjek dibahagi kan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan . Kumpulan eksperimen dibahagikan pula kepada tiga kelompok kecil seramai 20 orang daripada setiap sebuah sekolah. Kumpulan kawalan juga adalah sama iaitu 20 orang dari pada sebuah sekolah yang dikaji. Kumpulan eksperimen telah diberikan motivasi dalaman dan luaran melalui tiga fasa menggunakan Model Kaunseling Kerjaya Bersepadu. Setiap kumpulan eksperimen dan kawalan diberikan ujian pengukuran motivasi pencapaian pada peringkat ujian pra dan ujian pasca.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_41_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Motivation in education
Subject: Academic achievement - Negeri Sembilan
Call Number: FPP 1999 41
Chairman Supervisor: Dr. Sidek bin Mohd Noah
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 11 Jan 2011 02:31
Last Modified: 25 Jul 2011 08:02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9154
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item