Citation
Jaamat, Mohd Ali
(1999)
Keberkesanan Modul Motivasi Terhadap Peningkatan Motivasi Pencapaian Pelajar di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Jelebu Negeri Sembilan.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan
penggunaan modul motivasi dalam meningkatkan motivasi pencapaian
pelajar di beberapa buah sekolah menengah daerah Jelebu, Negeri
Sembilan. Teori Atkinson dan teori McC lelland (1965) dijadikan teori
rujukan utama untuk kajian ini. Atkinson (1966) telah menunjukkan
bahawa kecenderungan untuk mencapai kejayaan adalah satu jenis
motivasi yang dipelajari di mana pelajar mungkin mempunyai motif untuk
mencapai kejayaan atau motif untuk mengelakkan kegagalan.
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah 'true experimentar ujian
pra ujian pasca kumpulan kawalan rawak. Subjek kajian terdiri daripada
120 orang pelajar tingkatan 4 dari pada tiga buah sekolah menengah yang berlainan. Pemilihan subjek dilakukan secara rawak mudah dan
kemudian menggunakan prosedur pemadanan.
Subjek-subjek dibahagi kan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
eksperimen dan kumpulan kawalan . Kumpulan eksperimen dibahagikan
pula kepada tiga kelompok kecil seramai 20 orang daripada setiap sebuah
sekolah. Kumpulan kawalan juga adalah sama iaitu 20 orang dari pada
sebuah sekolah yang dikaji. Kumpulan eksperimen telah diberikan
motivasi dalaman dan luaran melalui tiga fasa menggunakan Model
Kaunseling Kerjaya Bersepadu. Setiap kumpulan eksperimen dan
kawalan diberikan ujian pengukuran motivasi pencapaian pada peringkat
ujian pra dan ujian pasca.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |