Citation
Ahmad, Nor Aziah
(1999)
Penggunaan Komputer di Kalangan Guru-Guru Sains di Daerah Hulu Langat: Satu Kajian Status.
[Project Paper Report]
Abstract
'Multimedia Super Coridor' atau ringkasan MSC merupakan matlamat
negara ke arah pencapaian Wawasan 2020. Adakah kita bersedia untuknya?
Adakah guru-guru Sains di sekolah-sekolah Malaysia sudah bersedia ke arah
mewujudkan suatu generasi pelajar yang dinamik dan 'celik komputer' untuk
menempuh milinium yang akan datang? Ini adalah kerana terdapat di kalangan
guru-guru Sains yang masih menggunakan kaedah lama dalam menjajankan
tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran. Semua guru-guru Sains di lima buah
sekolah di Daerah Hulu Langat telah dipilih sebagai bahan kajian dengan
memfokuskan kajian khusus terhadap tahap penggunaan komputer di kalangan
mereka. Sebanyak 62 borang soal selidik telah diedarkan dan daripada ini
sebanyak 56 responden telah memberikan jawapan. Soal selidik yang
dikemukakan ini ada1ah merupakan suatu pengubahsuaian soal selidik yang telah diperolehi melalui kajian-kajian lepas. Kajian yang dijalankan ini adalah
berbentuk kajian deskriptif dan analisis data telah dibuat menggunakan perisian
SPSS 7.5 serta dibentangkan daJam bentuk kekerapan, peratus dan min.
Secara keseluruhannya, hasil kajian. menunjukkan tahap penggunaan
komputer di kalangan guru-guru Sains di Daerah Huiu Langat adalah di tahap
yang rendah. Peratusan yang rendah terhadap penggunaan komputer ini
memperlihatkan akan kurangnya aksessibiliti komputer kepada guru-guru Sains
di sekolah-sekolah di Daerah Hulu Langat. Hasil kajian juga mendapati tujuan
utama guru-guru Sains menggunakan komputer adalah untuk tujuan
'pemprosesan perkataan' seperti membuat soalan peperiksaan (95.6%), surat
rasmi (73.3%) dan membuat nota pelajaran (60.0%). Penggunaan komputer
sebagai alat bantu mengajar masih kurang ditekankan oleh guru-guru Sains.
Bilangan guru-guru Sains yang menggunakan komputer untuk tujuan
pengurusan juga adalah masih di tahap yang rendah. Walaubagaimanapun,
gwu-guru Sains mempunyai pendapat dan pandangan yang positif terbadap
penggunaan komputer di sekolah. Ini menunjukkan bahawa guru-guru Sains
adalah golongan yang peka kepada keperluan komputer di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam era teknologi. maklumat ini.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Computer managed instruction |
Subject: |
Computer - Assisted instruction |
Subject: |
Computers - Study and teaching (Secondary) - Selangor - Hulu Langat - Case studies |
Call Number: |
FPP 1999 38 |
Chairman Supervisor: |
Dr. Muhamad Hasan Ab. Rahman |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
10 Jan 2011 07:41 |
Last Modified: |
24 Sep 2018 07:27 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9152 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |