UPM Institutional Repository

Tahap Penggunaan Komputer dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran - Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat


Citation

Suhadi, Noriza (1999) Tahap Penggunaan Komputer dalam Proses Penghasilan Bahan Pengajaran - Satu Tinjauan di Sekolah Menengah Daerah Hulu Langat. [Project Paper Report]

Abstract

Rancangan kerajaan menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang progresif dan mampu bersaing di peringkat global adalah berdasarkan cita-cita wawasan 2020 dan perkembangan pesat teknologi maklumat masa kini. Guru adalah merupakan agen pengubah dan pelaksana yang paling penting untuk merealisasikan hasrat murni tersebut. Sehubungan dengan itu kajian ini telah dijalankan dikalangan guru-guru disekolah menengah Daerah Hulu Langat. Kajian ini menggunakan satu set soal selidik yang mengandungi 13 item latar belakang dan 28 item berkaitan dengan tahap penggunaan komputer dalam proses penghasilan bahan pengajaran. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada 100 orang guru. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif dan analisa data telah dibuat menggunakan perisian SPSS 3.5 dan dibentangkan dalam bentuk peratus dan frekuensi. Hasil kajian menunjukkan lapan puluh lima peratus guru boleh menggunakan komputer tetapi di tahap yang sederhana, kebanyakannya belajar sendiri melalui rakan-rakan, suami dan anak-anak, hanya tiga belas peratus belajar secara formal. Kira-kira sepuluh peratus responden sahaja yang benar-benar mahir menggunakan komputer. Enam puluh lima peratus guru ada menghasilkan bahan pengajaran menggunakan komputer terutamanya dalam bentuk bahan bercetak, iaitu enam puluh lima peratus nota ringkas/ jadual, lima puluh tujuh peratus lembaran kerja dan selainnya dalam bentuk-bentuk transperansi, laporan, rencana, graf, grafik, powerpoint dan perisian. Mata pelajaran yang kerap menggunakan komputer ialah Bahasa, Sejarah, Matematik dan Sains. Terdapat beberapa pandangan responden terhadap penggunaan komputer dalam menghasilkan bahan pengajaran iaitu bahan yang dihasilkan adalah lebih menarik, bermutu, berkesan dan mudah disimpan lama serta senang jika ingin digunakan semula. Maklumat yang terkandung dalam bahan pengajaran adalah isu terkini dan ianya juga mudah untuk dikemaskinikan. Walau bagaimanapun masih terdapat kekangan dalam penggunaan komputer bagi penghasilan bahan pengajaran. Antara kekangannya ialah tiada kemahiran, tiada mempunyai komputer sendiri di rumah dan kesuntukan masa kerana guru-guru sering dibebankan dengan pelbagai tugas dan selainnya mengatakan yang ianya ada kaitan dengan kos. Adalah dicadangkan semua pejabat guru / bilik guru dilengkapi dengan kemudahan komputer dan guru-guru diberikan latihan khusus bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran serta ditubuhkan suatu jawatankuasa khas untuk menilai bahan pengajaran yang dihasilkan.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_35_A.pdf

Download (975kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Computer-assisted instruction - Selangor - Hulu Langat
Subject: Teaching - Aids and devices
Subject: Computer managed instruction
Call Number: FPP 1999 35
Chairman Supervisor: Dr. Muhamad Hasan Ab. Rahman
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 10 Jan 2011 07:33
Last Modified: 25 Jul 2011 07:57
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9149
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item