Citation
Yunus, Ahmad Rozelan
(1999)
Hubungan Kesediaan Pendedahan Kendiri kepada Kaunselor Dengan Kesediaan untuk Mendapat Pertolongan Kaunselor di Kalangan Pelajar Laki-Laki Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist Kuala Lumpur.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan kesediaan pendedahan
kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan mendapat pertolongan kaunselor di
kalangan pelajar laki-laki Sekolah Menengah Kebangsaan (Laki-Laki) Methodist
Kuala Lumpur. Kajian ini juga melihat kecenderungan pelajar memilih orang yang
signifikan dengan diri mereka untuk membuat pendedahan kendiri kepada orang yang signifikan tersebut dengan kesediaan pendedahan kendiri kepada
kaunselor. Subjek kajian terdiri daripada 148 orang pelajar yang telah mendapat
perkhidmatan kaunseling di sekolah tersebut. Alat ukuran yang digunakan ialah
soal selidik yang diubahsuai dan The Self-Disclosure Questionnaire yang
dibentuk oleh Jourard dan Lasakow (1958). Alat Statistikal yang digunakan untuk
menganalisis data ialah korelasi Spearman dan ANOVA satu hala.
Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara
kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan mendapat
pertolongan kaunselor. Didapati juga, tidak terdapat perbezaan yang signifikan
antara kesediaan pendedahan kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan
pendedahan kendiri kepada rakan laki-laki. Walau bagaimanapun hasil kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kesediaan pendedahan
kendiri kepada kaunselor dengan kesediaan pendedahan kendiri kepada ibu,
bapa dan rakan perempuan di kalangan pelajar. Sehubungan dengan keputusan
kajian yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Project Paper Report
|
Subject: |
Student counselors - Selangor - Wilayah Persekutuan |
Subject: |
Interpersonal communication |
Subject: |
Counseling in secondary education - Selangor - Wilayah Persekutuan |
Call Number: |
FPP 1999 29 |
Chairman Supervisor: |
Mohamed Fadzil Che Din, PhD |
Divisions: |
Faculty of Educational Studies |
Depositing User: |
Laila Azwa Ramli
|
Date Deposited: |
10 Jan 2011 07:17 |
Last Modified: |
25 Jul 2011 07:54 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9143 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |