Citation
Saidin, Maznah
(1999)
Persepsi Peserta Terhadap Keberkesanan Program Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Anjuran Kemas di Kawasan Parlimen Merbok, Kedah Darulaman.
[Project Paper Report]
Abstract
Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau persepsi peserta terhadap
pendidikan non-formal Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) anjuran
Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di kawasan Parlimen Merbok, Kedah
Darulaman. Kajian ditumpukan kepada empat aspek program Pendidikan
Kesejahteraan Keluarga KEMAS, iaitu kepentingan kurikulum PKK
KEMAS, strategi pengajaran, suasanan pembelajaran dan persepsi terhadap
pemaju masyarakat.
Satu set soal selidik digunakan untuk mengumpul data dari 16 buah
kelas PKK KEMAS yang dipilih secara rawak untuk tujuan kajian ini.
Borang soal selidik diedarkan kepada seramai 186 orang peserta wanita dan
100% telah dikembalikan. Seramai 47.3% responden berpersepsi bahawa program PKK
KEMAS berkesan ke atas diri mereka. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat perkaitan yang sederhana di antara pemboleh ubah persepsi peserta
terhadap pemaju masyarakat, strategi pengajaran, dan kurikulum dengan
keberkesanan program PKK. Perbezaan dari segi tahap pendidikan, lama
masa menyertai kelas PKK dan pendapatan bulanan keluarga dapat dilihat
ke atas pernyataan keberkesanan program. Kajian juga menunjukkan
bahawa KEMAS perlu mempertingkatkan lagi mutu program tersebut,
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti PKK yang barn, kemudahan yang lebih
baik, pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan, serta pemaju
masyarakat yang terlatih.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |