UPM Institutional Repository

Kajian interaksi biomolekul koko (Theobroma cacao L.) terhadap jangkitan penyakit buah hitam yang disebabkan oleh kulat Phytophthora sp.


Citation

Yusuf, Norhayati (2000) Kajian interaksi biomolekul koko (Theobroma cacao L.) terhadap jangkitan penyakit buah hitam yang disebabkan oleh kulat Phytophthora sp. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk melihat perubahan sistem pertahanan antioksidan tumbuhan koko (Theobroma cacao L.) hasil interaksi dengan Phytophthora sp . iaitu kulat y ang menyebabkan penyakit buah hitam . Dua klon koko yang digu nakan ialah ICS 95, satu klon yang rintang dan MJS 47, satu klon yang rentan kepada penyakit buah hitam. Phytophthora sp. telah diasingkan daripada pod koko yang men unjukkan gejala-gejala penyakit buah hitam. Pertumbuhan miselium kulat adalah lebih baik di atas med ium agar tidak menentu berbanding dengan med ium agar menentu, manakala medium Richard's berupaya menyokong pertumbuhan yang lebih baik berbanding dengan med ium cecair yang lain. Nilai pH filtrat kultur kulat (FKK) berada dalam julat 4.0 hingga 8.5 unit. Biocerakin kesitotoksikan FKK kasar Phytophthora sp. ke atas ceper daun koko men unjukkan peratus nekrosis semakin meningkat (Iebih 50%) dengan peningkatan umur FKK yang d igunakan terutamanya menggunakan FKK berumur 12-24 hari pengeraman. Peratus nekrosis juga lebih tinggi dalam klon MJS 47 berband ing ICS 95. Sebaliknya, kandungan klorofil akan terus berkurangan dengan meningkatnya umur FKK yang digunakan. FKK juga dapat merencat pertumbuhan biji benih Brassica chinensis terutamanya menggunakan FKK berumur 12-24 hari pengeraman. Kesan kesitotoksikan adalah lebih ketara mengg unakan FKK yang disediakan dari medium ekstrak ubi kentang-dekstrosa (PO) berbanding dengan medium Murashige & Skoog (MS). Paras malond ialdehid adalah lebih tinggi dalam klon MJS 47 berbanding klon ICS 95 terutamanya selepas 16 hari rawatan dengan FKK. Begitu juga dengan penghasilan hidrogen peroksida selepas 11 hari rawatan. Aktiviti spesifik enzim peroksidase (POD) dan polifenol oksidase (PPO) pada mulanya adalah lebih tinggi dalam klon MJS 47 berbanding klon ICS 95 terutamanya pada tempoh rawatan 0 hingga 4 hari dan semakin berkurangan selepas 4 hari rawatan dengan FKK. Aktiviti spesifik enzim glutathion reduktase (GR) pula lebih tinggi dalam klon ICS 95 (selepas 7 hari rawatan) berbanding dengan klon MJS 47. Begitu juga dengan aktiviti spesifik enzim katalase (KAT) yang lebih tinggi dalam klon ICS 95 selepas 2 hingga 7 hari rawatan. Rawatan dengan FKK Phytophthora sp. menyebabkan berlakunya peningkatan aktiviti spesifik enzim kajian berbanding dengan kawalan yang digunakan bagi ked ua-dua klon ICS 95 dan MJS 47. Kand ungan askorbat dan a-tokoferol adalah lebih tinggi dalam klon ICS 95 berbanding klon MJS 47 terutamanya pada hari ke 2 hingga 11 bagi asid askorbik dan hari 0 hingga 16 bagi a-tokoferol selepas rawatan dengan FKK. Kandungan molekul glutathion bentuk teroksida (GSSG) dan terturun (GSH) selepas rawatan dengan FKK adalah lebih tinggi dalam klon yang rintang berbanding dengan klon yang rentan. Pada amnya, paras GSH adalah lebih tinggi daripada GSSG dalam kesemua kajian yang dijalankan. Nisbah GSH: GSSG adalah lebih tinggi dalam klon yang rintang terutamanya pada hari 0, 1 dan 11 hari rawatan . Kesemua keputusan yang d iperoleh i menunjukkan bahawa FKK kasar Phytophthora sp. mungkin mengand ungi sebatian toksik yang boleh merencat pertumbuhan tumbuhan dan meransang perubahan aktiviti spesifik enzim dan paras molekul antioksidan sebagai suatu mekanisme tindakbalas pertahanan tumbuhan terhadap jangkitan patogen . Jangkitan oleh Phytophthora sp. dengan itu berupaya menyebabkan keadaan tegasan oksidatif dalam tisu daun koko.


Download File

[img] Text
FSAS_2000_34 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Cacao - Diseases and pests
Subject: Phytophthora pod rot of cacao
Call Number: FSAS 2000 34
Chairman Supervisor: Nor' Aini Mohd. Fadzillah, PhD
Divisions: Faculty of Science and Environmental Studies
Depositing User: Tuan Norasiah Tuan Yaacob
Date Deposited: 07 Jan 2011 04:13
Last Modified: 01 Apr 2024 04:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9130
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item