UPM Institutional Repository

Keperluan Kompetensi Pegawai di Sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri


Citation

Abdul Malek, Khalijah (1999) Keperluan Kompetensi Pegawai di Sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh pegawai-pegawai di sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ia juga bertujuan untuk membandingkan kompetensi yang diperlukan berdasarkan latar belakang pegawai yang berbeza iaitu umur, bidang pendidikan, tempoh pengalaman kerja, penempatan kerja dan jantina. Kajian juga dijalankan untuk melihat sama ada kompetensi pegawai masa kini mempunyai hubungan dengan tempoh pengaiaman kerja pegawai. Instrumen kajian (soal selidik) disedia berpandukan definisi kompetensi yang digunakan oleh Bowling Green State University' (Allen dan Nagy. 1995). Seramai 46 daripada 53 responden telah mengembalikan soal selidik yang diedarkan. Data dianalisis menggunakan 'Statisitical Package for Social Science' (SPSS) program. Kajian telah mengenal pasti 12 kelompok kompetensi dan 69 aktiviti kompetensi yang perlu dibangunkan untuk membolehkan pegawai PKNP memberikan sumbangan yang lebih berkesan di masa akan datang. Kelompok kompetensi yang perlu diberi keutamaan ialah penyelidikan dan pembangunan, pengurusan maklumat dan pengurusan kewangan.


Download File

[img] PDF
FPP_1999_19_A.pdf

Download (981kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Competency-based education - Pahang.
Subject: Training needs - Pahang.
Call Number: FPP 1999 19
Chairman Supervisor: Associate Professor Hjh. Maimunah Ismail, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 07 Jan 2011 03:33
Last Modified: 06 Jun 2012 06:49
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9128
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item