Citation
Abdul Malek, Khalijah
(1999)
Keperluan kompetensi pegawai di sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri.
[Project Paper Report]
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi yang diperlukan oleh
pegawai-pegawai di sebuah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) iaitu
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP). Ia juga bertujuan untuk
membandingkan kompetensi yang diperlukan berdasarkan latar belakang pegawai
yang berbeza iaitu umur, bidang pendidikan, tempoh pengalaman kerja, penempatan
kerja dan jantina. Kajian juga dijalankan untuk melihat sama ada kompetensi pegawai
masa kini mempunyai hubungan dengan tempoh pengaiaman kerja pegawai.
Instrumen kajian (soal selidik) disedia berpandukan definisi kompetensi yang
digunakan oleh Bowling Green State University' (Allen dan Nagy. 1995). Seramai
46 daripada 53 responden telah mengembalikan soal selidik yang diedarkan. Data
dianalisis menggunakan 'Statisitical Package for Social Science' (SPSS) program.
Kajian telah mengenal pasti 12 kelompok kompetensi dan 69 aktiviti
kompetensi yang perlu dibangunkan untuk membolehkan pegawai PKNP memberikan sumbangan yang lebih berkesan di masa akan datang. Kelompok kompetensi yang
perlu diberi keutamaan ialah penyelidikan dan pembangunan, pengurusan maklumat
dan pengurusan kewangan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |