UPM Institutional Repository

Penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan bahasa Melayu murid SJK (T)


Citation

Sivaratanam, Sivaneswary (2018) Penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan bahasa Melayu murid SJK (T). Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memfokuskan sistem penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid SJK (T). Objektif kajian adalah untuk menganalisis penguasaan golongan kata BM tahap satu dan menghasilkan sistem penarafan bintang dalam memantapkan penguasaan golongan kata BM. Model QAlT oleh Slavin (1987) digunakan sebagai landasan kajian ini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah kepustakaan, pemerhatian, temu bual dan tinjauan lapangan. Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian penilaian kemahiran tatabahasa dan soal selidik. Pengkaji telah memilih 15 golongan kata dalam membina soalan tatabahasa Tahap I untuk diuji dalam kalangan 50 orang responden Tahap II, iaitu darjah lima. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif Dapatan kajian menunjukkan bahawa kemahiran sistem tatabahasa tahap satu kurang dimantap dalam kalangan murid tahap dua. Hampir 60% daripada keseluruhan responden gagal mendapat betul dalam ujian penilaian kemah iran tatabahasa yang telah diadakan. Berdasarkan senario tersebut, dapat diketahui bahawa murid terus dihantar ke darjah seterusnya tanpa dimantapkan kemahiran sistem tatabahasa. Penilaian terhadap penguasaan kemahiran sistem tatabahasa tidak ditekankan. Maka, sistem penarafan bintang dihasilkan dengan tujuan untuk memantapkan penguasaan murid dalam tatabahasa BM sebagai satu penilaian penguasaan tatabahasa. Sistem tersebut menekankan pembahagian sistem bahasa (golongan kata) tahap 1 yang perlu dikuasai oleh murid berdasarkan ujian bulanan. Markah ujian tersebut direkodkan dan dinilai dengan menggunakan rubrik. Skala dalam rubrik mewakili bintang yang diterima oleh murid supaya prestasi murid dapat dinilai secara berterusan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa penggunaan sistem tersebut lebih efektif dalam memantapkan penguasaan tatabahasa dalam kalangan murid. Oleh itu, melalui sistem ini, guru dan pihak sekolah dapat menganalisis perkembangan penguasaan kemahiran tatabahasa murid daripada penilaian yang diadakan berdasarkan pengajaran yang diberikan.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 7 - IR.pdf

Download (3MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Study and teaching (Primary) - Malaysia
Subject: Students - Rating of
Call Number: FBMK 2018 7
Chairman Supervisor: Profesor Madya Vijayaletchumy AlP Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: bahasa Melayu, kemahiran tatabahasa, sistem penarafan bintang, tahap I, analisis penguasaan
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 12 Nov 2021 01:46
Last Modified: 12 Nov 2021 01:46
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91269
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item