UPM Institutional Repository

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepastian Kerjaya Remaja: Satu Kajian di Negeri Selangor Darul Ehsan


Citation

Wan Jaafar, Wan Marzuki (1999) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepastian Kerjaya Remaja: Satu Kajian di Negeri Selangor Darul Ehsan. [Project Paper Report]

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepastian kerjaya remaja iaitu untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara lokus kawalan, nilai pekerjaan dan faktor demografi dengan kepastian kerjaya. Keduanya untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan faktor-faktor demografi (Jantina, etnik, agama dan tempat belajar sama ada bandar atau luar bandar) dengan kepastian kerjaya. Kajian ini dijalankan dibeberapa buah sekolah menengah di negeri Selangor Darul Ehsan. Sampel kajian adalah seramai 355 orang yang diambil mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar bandar. Alat kajian yang digunakan ialah soal-selidik lokus kawalan oleh Rotter (1966) untuk mengukur lokus kawalan, soal-selidik nilai pekerjaan oleh Zakaria Kasa (1993) untuk mengukur nilai pekerjaan dan soal-selidik kepastian kerjaya oleh Othman Mohamed (1966). Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t, ujian-Anova sehala dan ujian korelasi Pearson. Ujian-t digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina, tempat belajar dalam kepastian kerjaya. Ujian-Anova sehala digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara bangsa, agama dalam kepastian kerjaya. Manakala ujian korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara status sosial ekonomi, nilai pekerjaan, lokus kawalan dengan kepastian kerjaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina dalam kepastian kerjaya (t(352.89) = .71, p>.05). Seterusnya, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan di antara bangsa dalam kepastian kerjaya (F(2) = 8.73, p<.05). Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara agama dalam kepastian kerjaya (F(3) = 5 .06, p<.05). Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara remaja yang bersekolah di bandar dan di luar bandar dalam kepastian kerjaya (t(351.93) =.22, p>.05). la juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara status sosial ekonomi dengan kepastian kerjaya ( r(355) = .0121, p>.05). Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara nilai pekerjaan dengan kepastian kerjaya ( r(355) = . 0007, p> .05). Akhir sekali, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara lokus kawalan dengan kepastian kerjaya ( r(355) = - .061, p> .05).


Download File

[img] PDF
FPP_1999_18_A.pdf

Download (542kB)

Additional Metadata

Item Type: Project Paper Report
Subject: Career development - Selangor
Subject: Vocational guidance - Selangor
Call Number: FPP 1999 18
Chairman Supervisor: Associate Professor Othman Dato' Hj. Mohamed, PhD
Divisions: Faculty of Educational Studies
Depositing User: Laila Azwa Ramli
Date Deposited: 07 Jan 2011 03:23
Last Modified: 05 Nov 2012 07:48
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9126
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item