Citation
Osman, Ramli
(1999)
Faktor-Faktor Mempengaruhi Penerimaan Guna Teknologi Perangsangan Reaktorrim di Kalangan Peneroka Felda Jengka 22, Pahang.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Setelah 7 tahun sistem torehan dengan perangsangan Reaktorrim (teknologi
Reaktorrim) diperkenalkan kepada peneroka Felda Jengka 22, seramai 198 atau 66%
peneroka telah mencuba dan mengamalkan teknologi ini. Dari jumlah itu seramai 22%
telah menerima guna manakala 78% lagi telah menolak teknologi Reaktorrim.
Persoalannya, mengapakah majoriti peneroka terlibat menolak guna teknologi tersebut.
Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengetahui adakah faktor umur, tahap
persekolahan, pengeluaran hasil, pendapatan, penglibatan dalam pertubuhan, kuantiti
pendedahan teknologi, tanggapan terhadap keberkesanan pendedahan teknologi,
tanggapan terhadap teknologi dan sikap terhadap teknologi mempengaruhi penerimaan
guna teknologi Reaktorrim di kalangan peneroka FELDA Jengka 22. Temu bual berpandukan borang soal selidik telah dijalankan ke atas seramai 86
responden yang terdiri dari 43 orang pengamal dan 43 orang bekas pengamal. Data yang
dikumpul dianalisa dengan "Statistical Package for Social Science". Perrgantungan
angkubah bebas terhadap penerimaan guna teknologi Reaktorrrim ditentukan dengan
ujian t dan ujian "Chi Square".
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |