UPM Institutional Repository

Maklum balas penulisan karangan bahasa Arab pelajar tingkatan empat melalui kaedah pembelajaran koperatif


Citation

Muda, Kamariah (2015) Maklum balas penulisan karangan bahasa Arab pelajar tingkatan empat melalui kaedah pembelajaran koperatif. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kelemahan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan pel ajar semakin hari semakin ketara dan meningkat khususnya dalam penulisan karangan, Kelemahan pelajar dalam penulisan karangan rnempunyai hubung kait dengan kaedah pembelajaran yang digunakan dalam kelas. Oleh itu kaedah yang berkesan perlu diterapkan dalam pembelajaran penulisan karangan bahasa Arab. Justeru kajian ini akan mengaplikasi Kaedah Pembelajaran Koperatif (KPK) yang lebih menekankan pembelajaran secara kumpulan yang bersesuaian dengan saranan agar aktiviti kumpulan dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan, Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti maklum balas respondan kajian terhadap penulisan karangan bahasa Arab sccara KPK, seterusnya kajian ini akan mengklasifikasikan dan menghurai aspek bahasa yang dapat dikuasai respondan dalam pembelajaran penulisan karangan bahasa Arab secara KPK dan kajian ini juga akan menganalisis ciri-ciri KPK yang terdapat pada respondan kajian semasa proses pengajaran dan pcmbelajaran. Kajian ini keseluruhannya berbentuk kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian untuk mendapatkan data. Triangulasi data juga digunakan dengan membuat catatan lapangan, borang pemerhatian, rakaman video dan audio. Sam pel kajian terdiri daripada 6 orang pelajar tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah agama di daerah Seremban, Negeri Sembi Ian yang telah didedahkan dengan KPK teknik Putaran Giliran (Round Robin) dan Meja Bulat (Round Table). Data diperolehi melalui teknik temu bual dan pemerhatian, Umumnya dapatan kajian mendapati pelajar memberi maklum balas positif dan negatif terhadap pelaksanaan KPK dalam penulisan karangan di samping rnaklurn balas tentang aspek bahasa. Seterusnya kajian ini juga menunjukkan pelajar mempraktikkan ciri-ciri KPK semasa proses penulisan karangan. Dapatan kajian ini diharap dapat mernbantu pelajar dan tenaga pengajar untuk merangka, rnerancang serta menggunakan kaedah yang berkesan bagi meningkatkan kemahiran penulisan karangan bahasa Arab.


Download File

[img] Text
FBMK 2015 94 IR.pdf

Download (8MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Education, Cooperative
Subject: Arabic language - Study and teaching
Subject: Effective teaching
Call Number: FBMK 2015 94
Chairman Supervisor: Che Radiah bt.Mezah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 03 Nov 2021 06:22
Last Modified: 03 Nov 2021 06:22
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/91231
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item